Friday, October 24, 2014

Gambar anjing pakai serban bukan dari Malaysia laaa...


Lain kali siasatlah dulu dari mana asalnya gambar itu.. ini tidak asal-usul gambarpun tak tahu dah kata gambar Anjing yang dipakaikan serban dan berjubah itu menghina Ulama.

Kalau benar gambar itu dirakam di Malaysia bolehlah ianya dianggap sebagai menghina Ulama kerana dinegara kita ini yang berjubah dan berserban itu kebanyakkannya Ulama..

Tapi bagaimana jika gambar itu dirakam oleh individu yang bukan berasal dari Malaysia dan dirakamkan juga bukan di Malaysia yang jubah dan serban adalah pakaian tradisi mereka?

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid melahirkan kekesalan dengan penyebaran gambar seekor anjing memakai jubah dan serban dalam laman sosial yang merupakan satu penghinaan kepada umat Islam selain mempersendakan para ulama. 
Lebih dikesali katanya, penyebaran gambar itu berlaku selepas kontroversi kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Petaling Jaya yang dikritik hebat pelbagai pihak. 
“Saya percaya ini adalah satu perkara yang betul-betul menghina umat Islam. Sewaktu isu belai anjing belum reda, tiba-tiba isu kedua pula timbul iaitu anjing dipakai serban dan jubah. 
“Tujuan mereka ini nak hina ulama. Para ulama yang sentiasa beri pandangan yang baik kepada masyarakat, tiba-tiba dihina sebegitu rupa. Saya percaya ini agenda cukup menjijikkan dan langsung tak hormati para ulama,” katanya lapor Utusan

Sebenarnya gambar tersebut telah dirakamkan di Kano sebuah negeri yang terletak di Utara Nigeria

Ianya bukan untuk menghina Ulama tapi Gambar tersebut bertujuan untuk menghina Emir baru di Negeri Kano iaitu Sanusi Lamido Sanusi.


PETALING JAYA: Tidak habis isu program ‘I Want To Touch A Dog’ diperkatakan, negara digemparkan lagi dengan paparan imej seekor anjing yang lengkap berpakaian serban dan jubah.

Gambar itu juga telah dikecam oleh Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.

Katanya, gambar anjing berserban serta berjubah yang disebar di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.

“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Bukan itu sahaja, sesetengah pihak di negara ini telah mengambil kesempatan dengan menggunakan isu program menyentuh anjing itu sebagai bahan untuk menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut merupakan gambar lama, dan telah dimuatnaik oleh Mujahid Asari Dokubo pada 9 dan 15 Jun 2014.

Gambar anjing berpakaian serban dan jubah itu merupakan gambar yangdiambil oleh bekas militan dan Pemimpin Niger Delta Peoples Volunteer Force (NDPVF), Mujahid Asari Dokubo.

Gambar tersebut bertujuan untuk menghina Emir baru di Negeri Kano iaitu Sanusi Lamido Sanusi.

Kano merupakan sebuah negeri yang terletak di Utara Nigeria.

Asari telah menggelar Sanusi sebagai seekor anjing ekoran cara beliau berbusana.

Bekas militan tersebut telah membuat posting di dalam Facebooknya dengan meletakkan sekeping gambar seekor anjing lengkap berserban dengan menyatakan, “seekor anjing boleh menjadi Emir? Tahniah Rabiu Kwankwaso.” lapor Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails