Tuesday, October 28, 2014

Dua pelajar dakwa diberi RM50 untuk pakai baju Justice For Saiful?


Hari ni pasal ramai sangat yang post laporan dari Malaysiakini dan juga The Malaysian Insider, aku nak post apa yang Utusan laporkan mengenai prosiding Mahkamah dalam kes Tuduhan Liwat II ini..

Utusan melaporkan di sisi kiri mahkamah, kelihatan satu lagi gerombolan sedang berkumpul sambil membawa sepanduk. Kumpulan ini merupakan penyokong kepada Saiful Buhari, plaintif di dalam kes ini.


Itu saja yang wartawan Utusan laporkan tentang penyokong Saiful.. nampak macam tak berminat saja nak laporkannya mungkin sebab tak ada commercial value kot?

Jika Utusan tidak melaporkan jumlah penyokong Saiful yang hadir, Malaysia Gazette melaporkan jumlah penyokong Saiful yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Saiful.

Menurut Malaysia Gazette kira-kira 500 penyokong Mohd Saiful Bukhary Azlan berkumpul di luar Istana Kehadiran, Putrajaya.

Tambah Malaysia Gazette lagi penyokong Mohd Saiful Bukhary Azlan memegang sepanduk berbunyi 'we are people, we demand justice for Saiful'.

Yang ini paling menarik dan dijamin tak akan dilaporkan oleh Utusan..

Laporan dari Malaysia Gazette juga mengatakan dua pelajar dakwa diberi RM50 untuk pakai baju Justice For Saiful yang akhirnya dipijak penyokong Anwar.


Dua pelajar remaja dari Unisel mendakwa menerima RM50 setiap seorang supaya memakai baju Justice For Saiful.

Remaja lelaki dan perempuan yang enggan memberikan namanya itu kemudiannya hadir ke kawasan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Baju itu kemudiannya menjadi bahan pijakan penyokong-penyokong Anwar yang hadir menyokong Ketua Umum PKR itu dalam kes liwatnya.

Salah seorang daripada remaja itu berkata, dia datang berjalan kaki ke mahkamah sebelum dipanggil oleh seorang lelaki di dalam bas berhampiran jambatan di Putrajaya.

"Dia panggil kami dan bagi baju suruh pakai dan berkumpul di kawasan penyokong Saiful. Dia juga bagi RM50 seorang sebagai upah dan kami ambillah," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. 

Malangnya baju itu tidak dipakai oleh mereka kerana kedua-dua remaja itu penyokong Anwar dan hadir di kawasan penyokong Ketua Umum PKR itu berkumpul.

Mereka sendiri pun memijak baju tersebut sebagai tanda bantahan kepada Saiful yang kes dakwaannya diliwat Anwar dibicarakan.

Penyokong-penyokong Anwar memijak baju gambar Saiful dan sesetengahnya agresif sambil mencerca dan memaki Saiful.

Selepas dipijak-pijak termasuk oleh golongan wanita yang hadir, baju itu kemudian cuba dibakar.

Semasa insiden itu, sebahagian penyokong Anwar menghalang perbuatan sekumpulan lelaki membakar baju tersebut sehingga berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, situasi dapat dikawal dengan campur tangan anggota polis berhampiran dan api dipadamkan pada baju t tersebut.

Persoalannya siapakah yang menyediakan baju T tersebut, adakah benar-benar untuk Saiful atau sengaja dibuat oleh pihak tertentu.

Tidak mustahil ada agenda tersembunyi di sebalik bayaran RM50 dan tindakan memijak baju T tersebut, malah bukanlah sesuatu yang pelik kalau orang yang membayar upah itulah juga yang menyediakan baju T itu dan kemudian merancang memijaknya ~ Malaysia Gazette



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails