Friday, October 17, 2014

Cemburu ke Noh Omar dengan Azmin ni?


Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar atas linangan air mata orang lain.

Walaubagaimanapun, dakwaan Noh itu ditentang oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, antaranya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan.

“Ahli Parlimen Tanjong Karang cemburu,” kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Walaubagaimanpun ia dinafikan oleh Noh yang juga merupakan Ahli UMNO. Noh turut menambah bahawa beliau bersimpati dengan arkitek ‘Langkah Kajang’ dan juga dua ADUN PAS yang digelar broker oleh partinya sendiri.

Bahkan Noh turut menyatakan sejak Azmin menggalas tugas sebagai Menteri Besar, pelaburan di negeri Selangor semakin merudum.

“Kini pelaburan di Selangor sudah jatuh ke tangga nombor 5,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Noh turut meminta penjelasan daripada Azmin mengenai perancangannya untuk membangunkan universiti milik kerajaan negeri Selangor iaitu Unisel.

“Mampukah Azmin menaikkan taraf Unisel di Selangor ini?” soalnya.

Persoalan Noh itu langsung dijawab oleh Azmin dengan menyatakan bahawa jawatan sebagai Menteri Besar ini bukannya satu keistimewaan tetapi adalah satu tanggungjawab.

“Beri saya peluang untuk bentangkan Belanjawan 2015. Dalam Belanjawan 2015 itu nanti, saya akan tumpukan kepada salah satu teras utama iaitu pendidikan,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak lapor Free Malaysia Today

Apa punya bodoh kenyataan Noh ni... Azmin baru berapa hari saja jadi Menteri Besar dia dah kata pelaburan di Selangor semakin merudum sejak Azmin jadi Menteri Besar..

Kalau nak buat penilaian sekalipun bagilah masa sikit...

Jawap Azmin...

"Tiada siapa yang menangis," demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

"(Krisis) Selangor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menangis. Yang menangis sebelah sana (Barisan Nasional)," katanya sinis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Terdahulu ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba 'mengusik' Menteri Besar Selangor yang baharu itu supaya menyelesaikan beberapa isu ekonomi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun menurut Azmin, beliau yakin dapat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik.

"Tugas ini adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Bagi peluang untuk saya bentang Belanjawan 2015 Selangor nanti.

"InsyaAllah saya akan beri perhatian soal pendidikan dan ekonomi negeri termasuk pelaburan. Ini baru tiga minggu (jadi menteri besar)," katanya. Konflik pelantikan menteri besar Selangor akhirnya berjaya diselesaikan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa akur dengan keputusan Istana Selangor memilih Azmin.

Dr Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS lapor mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails