Thursday, October 16, 2014

Bumbung koperasi Kolej Tunku Kurshiah dan bumbung Surau An-Nur pulak yang runtuh...



Hujan lebat dan angin kuat petang tadi menyebabkan bumbung bangunan koperasi Kolej Tunku Kurshiah (KTK) di Bandar Enstek dekat sini, runtuh.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 6.40 petang itu yang menyebabkan keseluruhan struktur bumbung dengan keluasan 731 meter itu runtuh, tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada warga sekolah itu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Syahrin Simin, berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.44 petang dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.20 malam.

Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan Seremban 2.

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat hujan lebat dan angin kuat. Hampir keseluruhan bumbung roboh," katanya di sini.


Laporan di atas datangnya dari Berita Harian dan dalam masa yang sama Berita Harian turut melaporkan bumbung surau di Seksyen 20 Shah Alam juga turut runtuh..


SHAH ALAM: Bumbung di bahagian kanan Surau An-Nur Seksyen 20, di sini runtuh mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000, petang tadi.

Pengerusi Surau, Mohd Khusairi Ramli, 49, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang secara tiba-tiba tanpa disebabkan sebarang bencana.

Katanya, beliau yang berada di pejabatnya di ibu kota mendapat maklumat mengenai kejadian daripada Bilal surau, Harun Din, 67 yang kebetulan berada di rumah berhampiran surau ini.


"Bahagian sayap kanan ini baru siap selepas Raya Haji baru-baru ini. Secara tiba-tiba sebahagian daripada bumbung runtuh manakala sebahagian konkrit masih lagi tergantung.

"Ketika solat Magrib tadi, baki bahagian yang masih tergantung pula runtuh. Saya bersyukur tiada dalam kalangan jemaah yang sedang menjalankan solat sebentar tadi cedera ketika kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di sini..

~ Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails