Sunday, October 12, 2014

Bumbung jejantas lebuh raya di Johor Bahru runtuh


Bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang runtuh ketika hujan lebat melanda bandaraya Johor Baharu dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang tadi, mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Menurut kenyataan daripada Balai Bomba Johor Baharu, runtuhan bumbung itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.

"Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita. Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta berusia 30-an," menurut kenyataan itu lagi.

Tiga wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu berada di dalam sebuah kenderaan, kata bomba.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota. – Bernama

Lagi gambar sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails