Thursday, October 2, 2014

Bila Faekah terlupa yang Khalid Ibrahim bukan lagi MP PKR.. inilah jadinya..


Faekah dalam satu kenyataan semalam mendakwa Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September supaya membekukan akaun bank SMUE di dua kawasan terbabit.

Faekah sebagai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang berkata, segala jasa Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor ternyata dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai Azmin.

"Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.

"Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi," katanya.

Hakikatnya ialah...

Akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dibekukan seperti dakwaan pegawai khasnya Faekah Husin semalam.

Sebaliknya, saluran peruntukan bagi kawasan itu akan tetap diteruskan di bawah pentadbiran menteri besar baru Mohamed Azmin Ali, kata ketua bahagian PKR Bandar Tun Razak Azman Abidin hari ini.

"Bendahari kerajaan negeri memaklumkan wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak, memandangkan Khalid kini Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat (PR), beliau tidak layak memegang peruntukan SMUE lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata Azman, peruntukan itu akan disalurkan melalui sebuah DUN Angkat yang akan dilantik kerajaan negeri kemudian.

"DUN Angkat akan memegang peruntukan ini bagi parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang.

"Peruntukan Skim ini akan diserahkan kepada penyelaras DUN yang akan dilantik oleh menteri besar dalam sedikit masa lagi," katanya.

Azman berkata ia proses biasa dan tidak benar sama sekali dakwaan Faekah yang Azmin mengarahkan peruntukan itu dibekukan.

Azman merupakan bekas setiausaha politik Khalid yang menjaga kawasan beliau lapor The Malaysian Insider

 

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails