Friday, October 10, 2014

Bajet 'Pro Rakyat' atau Bajet 'Perbodohkan Rakyat' ni?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2015 yang dikatakannya bersifat 'Pro Rakyat' bagi menghadapi keadaan lebih sukar untuk pada tahun 2015.

Belanjawan berkenaan dibentangkan di Parlimen, susulan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel bermula awal bulan ini.

Ia juga bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan.

Yang paling menarik bagi aku ialah pasal pelepasan cukai ni.. terutamanya perenggan ketiga pasal tahap yang dikenakan kadar cukai maksimum tu..

- Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan di antara 1 hingga 3 mata peratus - menyebabkan 300,000 pembayar cukai individu tidak perlu membayar cukai.  
- Pembayar cukai dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan akan dikecualikan dari membayar cukai. Cukai pendapatan individu akan distruktur semula.  
- Kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000. Kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.

Yang ni aku ucapkan terima kasih buat Najib, biarpun peratusannya hanya 1 hingg 2% namun nilainya besar..

Keseluruhan ringkasan belanjawan itu silalah lihat di ( SINI )

Tapi ada beberapa perkara yang nampak seperti cuba untuk memperbodohkan rakyat.. baca laporan ni dulu..

Selain itu, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan juga tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan, lapor Bernama.  
Beliau turut memberi jaminan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan tidak membebankan rakyat kerana mereka yang menggunakan petrol RON95, diesel dan LPG bakal menikmati pelepasan cukai itu.  
Kerajaan turut mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berdasarkan maklumbalas pelbagai lapisan masyarakat, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barangan yang tidak dikenakan GST.  
* Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport;
* Roti putih dan roti wholemeal;
* Serbuk kopi, serbuh teh dan serbuk koko;
* Mi kuning, kuetiau, laksa dan bihun;
* Ubat-ubatan penting nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubat-Ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesubuhan.
* Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama, dan
* Surat khabar. 
Bajet 2015 mencadangkan lebih separuh daripada 944 barang dan perkhidmatan diberi penurunan harga sehingga 4.1 peratus apabila cukai itu dilaksanakan.  
Antaranya ialah ubat-ubatan, barangan elektrik, produk tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi dan bahan makanan seperti beras, daging, telur ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.

Pasal minyak tak kena GST tu...

Awal bulan hari tu.. ketika harga minyak dipasaran dunia sedang menurun, Kerajaan umumkan harga RON95 dan Diesel dinaikkan 20 sen..

Kebanyakkan rakyat marah dan ramai menjadikan Twitter dan Facebook Najib tempat melepaskan geram..

Hari ini dalam membentangkan Belanjawan 2015, Najib umumkan RON95, Diesel dan LPG dikecualikan dari GST..

Maka riuh rendahlah macai-macai bersorak kegembiraan.. sebab seronok sangat minyak tak kena GST..

Hakikat sebenarnya ialah jika harga minyak itu dikekalkan pada harga RM2.10 dan GST dikenakan terhadapnya.. ianya adalah lebih murah dari apa yang perlu kita bayar bagi setiap liter sekarang ni..

6% dari RM2.10 ialah 12.6 sen.. jadi jumlah setiap liter kita kena bayar jika harga minyak kekal RM2.10 ditambah dengan 6% GST ialah RM2.226..

Bezanya ialah 0.074 sen setiap liter... kalau aku silap tolong betulkan..

Hmmm... pandai Najib memerah rakyat... dalam masa yang sama memperbodohkan rakyat..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails