Friday, October 3, 2014

Azmin potong gaji MB, Exco, Speaker dan Timbalan


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata gaji menteri besar, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), speaker dan timbalan speaker akan dipotong dalam Bajet Selangor 2015 yang akan dibentangkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.

Katanya, langkah itu bagi mengurangkan perbelanjaan pengurusan kerana mahu menumpukan kepada perbelanjaan sektor pembangunan.

"Saya ambil pendirian awal gaji menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker akan dipotong kepada tahap munasabah kerana kenaikan kadar pada 2013 terlalu tinggi.

"Saya tidak boleh berdepan dengan rakyat kerana masalah kos kehidupan yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.

Beliau berkata, pengurangan itu juga termasuk perbelanjaan keraian, elaun dan gaji kakitangan negeri lapor The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails