Thursday, September 25, 2014

Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap...


Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Zuraida perlu gunakan otaknya untuk berfikir dalam kerangka yang lebih besar dan jauh kehadapan..

Bukannya bercakap dengan perasaan dendam yang masih belum padam..

Apa yang penting sekarang ialah perbetulkan semua kesilapan dan rapatkan kembali keretakan yang telah berlaku..

Bukannya membalas dendam!!

Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan Exco Selangor. 
Sebabnya mudah kerana PAS tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail. 
Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. 
Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu. 
Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu. 
Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. 
Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR.
PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida? 
Malahan Azmin, Timbalan Presiden PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKR tetapi yang mencalonkan beliau ialah PAS. Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. 
PKR tetap dengan pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin itu telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang jawatan Menteri Besar itu. 
PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar. 
Azmin juga tidak perlu melantik exco dari DAP kerana DAP mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kita berharap Azmin tidak melayan pandangan politik kuning seperti yang ditunjukkan oleh Zuraida ini. 
Tetapi akhirnya pencalonan PAS itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin. 
Saya berharap media telah salah memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu. 
Inilah contoh pemimpin parti yang mengaku sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini? 
Jika ramai yang seperti Zuraida ini, bagaimana kah rakyat hendak yakin dengan parti yang beliau anggotai itu? Tak sedar dek untung! ~ Aspan Alias


Tapi persoalan utamanya ialah layakkah Zuraida ini memberikan nasihat kepada Azmin?

Semasa pemilihan 2014 dia berada dalam kem Azmin menjadi penyokong tegar kepada Azmin, kemana Azmin pergi adalah dia.. Apa saja Azmin kata dialah yang akan bersungguh-sungguh mempertahakannya..

Tiba-tiba dia membuat kejutan dengan melarikan diri meninggalkan Azmin menyokong Wan Azizah pulak sebagai Calon Menteri Besar..

Membacakan kenyataan media yang dikatakan telah ditukar yang dibuang nama Azmin dari senarai calon Menteri Besar dari PKR itu..

Sekarang bila Azmin dah diperkenan oleh Sultan sebagai Menteri Besar.. dia kembali nak menyokong Azmin pula... macam lalang la lu...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails