Monday, September 29, 2014

Zul Noordin minta maaf dan bayar gantirugi kepada Syed Husin sebab fitnah..


Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia telah bersetuju untuk membayar sejumlah kos yang tidak didedahkan kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

Ini ekoran bekas pemimpin PERKASA itu bersetuju untuk menarik balik posting dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah manakala akhbar milik Umno itu pula bersetuju menarik balik artikelnya yang memetik blog tersebut.

Zulkifli turut memohon maaf di atas posting blog itu yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen', dan juga menarik balik tuntutan balasnya terhadap Syed Husin.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera.

Itu lapor Malaysiakini.. berikut pulak adalah laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

Syed Husin tarik saman UMMB, Zulkifli Noordin  

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan Datuk Zulkifli Noordin. 
Syed Husin memfailkan saman pada 27 Januari 2012 dengan mendakwa, UMMB telah menyiarkan satu artikel bertajuk: Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin di akhbar Utusan Malaysia pada 20 November 2011 mengandungi perkataan berbaur fitnah. 
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera merekodkan penyelesaian saman itu dan juga saman balas yang difailkan oleh Zulkifli terhadap Syed Husin tanpa sebarang kos. 
Sementara itu, UMMB pula bersetuju menarik balik sepenuhnya kenyataan-kenyataan fitnah di dalam artikel "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November 2011 dan akan membayar kepada Syed Husin suatu amaun yang tidak didedahkan jumlahnya. 
Syed Husin diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala Zulkifli diwakili oleh Mohd. Ruzaini dan UMMB diwakili oleh Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE

Tajuknya menggambarkan seolah-olah Syed Husin yang kalah...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails