Wednesday, September 17, 2014

Wan Azizah ditolak sebagai calon MB sebab dia wanita?.. pulakdah..


Hari tu kata Wan Azizah ditolak sebagai calon Menteri Besar Selangor bukan kerana dia adalah seorang wanita.. tapi hari ini alasan Wan Azizah ditolak ialah dia seorang wanita..

14 Ogos yang lalu..Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak". Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur.

Tapi hari ini pula.. baca dan fahamkanlah..

Dewan Ulama Pas tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak berkenaan cadangan melantik Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. 
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yaakob menegaskan, mengikut syarak, pemilihan pemimpin merupakan tanggungjawab besar pada pandangan Islam. 
"Segala persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah dan bakal menjadi soal-jawab di akhirat kelak. 
"Kami (Dewan Ulama Pusat) menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap pelantikan Wan Azizah selepas melihat perkara itu dari perspektif syarak. 
Mengambil pelajaran daripada isu yang sama, pada awal lagi, Dewan Ulamak Pas tidak bersetuju pelantikan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah rakyat dan pembaziran harta negara untuk suatu pilihan raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan. 
"Dewan Ulamak Pas menegaskan pertukaran MB adalah tidak perlu dan menegaskan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas si penuduh, dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. 
Dewan Ulama Pas, katanya, ada perbincangan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wanita dan soal kemampuan untuk memerintah. 
Rahsia landasan Dewan Ulama ialah perjuangan Islamnya berlandaskan al-Quran, sunnah, Ijmak dan kias, mendokong kepimpinan ulama dari dulu hingga sekarang. 
Sejak dipaterikan sebagai parti Islam, Pas, katanya, amat konsisten dalam perjuangan. 
"Sebagai sebuah parti Islam segala keputusan politik sama ada dalam kerangka Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan di atas sumber-sumber hukum Islam.
Dalam pada itu, Dewan Ulama memuji tindakan Presiden Pas, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konsisten merujuk ajaran Islam dalam buat keputusan.--MalaysiaGazette

Hujah mereka mungkin berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah al-Nisa' ayat 34 yang bermaksud: "Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) memberikan dari hartanya."

Dan hujah daripada hadis riwayat Abi Bakrah "Tidak akan berjaya bagi sesuatu kaum seandainya urusan pemerintahannya diketuai seorang perempuan".

Tapi menurut bekas Pengerusi Biro Penerangan PKR pandangan ulama Syaikh Yusuf Qardawi tidak menafikan hadis tersebut, tetapi perlu dilihat dalam konteks yang khusus. 

Katanya, al-Qardawi menegaskan isu wanita sebagai penjawat awam tidak pernah diputuskan secara ijma' (sepakat) kerana berlaku perbezaan pendapat di kalangan ahli fekah. 

Manakala Presiden Gerakan al Nahdah Islamiyah di Tunisia, Syaikh Rashid al Ghanoushi menyatakan petikan surah al-Nisa itu merujuk kepada kaum lelaki yang menerajui institusi kekeluargaan, katanya.

Zaman kerajaan Aceh abad ke-17 juga pernah membuktikan pemerintahan beraja wanita wujud dalam masyarakat Islam di Nusantara yang berpegang kepada mazhab Shafi'e.  
Mereka adalah Ratu Sofiatuddin (1641-1675), Ratu Naqiatuddin (1675-1678), Ratu Zakiatuddin (1678-1688), dan Ratu Kamalat Syah (1688-1689).  
"Di Indonesia, satu gerakan ulama Nahdatul Ulama membuat keputusan mendukung Megawati sebagai Presiden.  
"Jadi isu kepimpinan wanita tidak menjadi satu halangan dari segi syarak," katanya.

Akhirnya kita yang tak berapa pandai dalam hal ugama ini terpinga-pinga....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails