Tuesday, September 23, 2014

Ucapan Perpisahan Tan Sri Khalid Ibrahim.. (Video Inside)


Selepas hampir enam tahun menjadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengosongkan pejabat yang dihuninya sejak 18 Mac 2008 pada petang 22 September 2014.

Sambutan majlis perpisahan juga dilihat meriah apabila kakitangan kerajaan negeri mula dilihat turun membanjiri foyer SUK sejak pukul 4 petang sambil memegang bendera Selangor dan sepanduk "We love Tan Sri Khalid" dan "Tan Sri Khalid Terbaik".


Mereka kemudian memberi sorakan gemuruh sebaik sahaja Khalid turun daripada pejabatnya di tingkat 21 ke lobi SUK dan bersalaman serta bergambar dengan penjawat awam.

Khusrin yang mewakili penjawat awam dalam ucapannya turut terima kasih kepada Khalid di atas tunjuk ajar yang diberikan selain memuji kejayaan Khalid kerana berjaya mengembalikan semula aset air kepada rakyat Selangor.

"Saya dah 30 tahun dan berkhidmat dengan beberapa menteri besar dan ini majlis perpisahahan yang amat luar biasa bagi saya," katanya yang berjanji untuk menyambung legaasi yang ditinggalkan Khalid.

Sementara itu, Khalid dalam ucapannya turut melahirkan rasa bertuah dapat menjalankan tugas memegang amanah rakyat.

"Walaupun ada kalanya exco dan pegawai kerajaan nampak saya agak keras dan terlalu cepat mencelah, tetapi saya ikhlas kerana saya pemegang amanah rakyat Selangor," katanya.

Beliau turut menasihati kakitangan kerajaan negeri supaya mempertingkatkan prestasi kerja dan berhenti daripada melakukan kerja salah.

"Ini bukan masanya ucapkan selamat tinggal. Ini juga bukan masanya kenang-mengenang.

"Ada yang betul kita pertingkatkan. Ada benda yang salah kita hentikan. Dengan itu Selangor akan dapat jadi negeri termaju," katanya....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails