Saturday, September 20, 2014

Ucapan penggulungan Haji Hadi dibidas Blogger PAS


Mula-mula.. sila lihat dan dengar video yang memaparkan sebahagian dari ucapan penggulungan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi di atas..

Kemudian bacalah apa ulasan Blogger Pro PAS tentang ucapan Haji Hadi itu.. Aku malas nak mengulas pasal ramai orang PAS minta aku jangan menyibuk dalam hal ehwal PAS..

Alasan kebanyakkan mereka ialah aku bukan ahli PAS..

Berikut adalah ulasan seorang Blogger PAS yang kelihatan tidak 'wala' membabi-buta terhadap pemimpin PAS..

Ada banyak persoalan yang timbul dari ucapan penggulungan Presiden PAS.

1) Tak pelahap jawatan MB, tetapi nada yang begitu marah seolah-olah kecewa rancangan untuk "runtuhkan" kerajaan PR dan bekerjasama dengan 12 ADUN UMNO untuk kekalkan TSKI (ADUN Bebas) di Selangor gagal (?)

2) Majlis Syura PAS menyokong TSKI sedangkan TSKI yang telah mengkhianati dan tidak mematuhi arahan partinya. Tidakkah Majlis Syura PAS "mengajar" ahli parti untuk mengkhianati dan tidak mematuhi arahan parti sendiri? Jangan salahkan ahli jika mereka mengkhianati parti kerana Majlis Syura yang mengajar begitu!

3) Kes 2 orang ADUN dikatakan ada broker dan barua yang membeli mereka. Ada buktikan tuduhan berkenaan? Presiden nampaknya gemar untuk membuat tuduhan tanpa bukti seperti kes pil kuda dan komunis. Sementelah lagi, Lembaga disiplin pun belum bersidang untuk mendegar kesnya, mengapa Presiden telah "menghukum" lebih awal?

4) Baiah - Wallahi, wabillahi wataalahi.... apa yang dibaiahkan? Kenapa tak habiskan isi-isi baiah untuk mempastikan kedua-dua ADUN tersebut telah melanggarnya?

5) Baiah dan SD - mana lebih uatama? Dua-dua itu adalah perjanjian (wa'adat). Cuma SD tak disebutkan nama "Allah". Ini kerana "baiah" terpakai untuk orang Islam sedangkan Statutory Declation adalah untuk semua, Islam dan bukan Islam, tetapi Allah Maha Tahu sekalipun tidak dimulakan dengan Wallahi Wabillahi Wataalahi, sebuah "perjanjian" itu tetap perjanjian dan pelanggarnya akan tetap terima hukuman.

6) Parti rakan khianat dengan tahaluf siasi kerana mencuri ADUN PAS. Perbuatan memberi watikah untuk PAS bertanding di kawasan yang telah dipersetujui diberikan kepada parti rakan tidakkah juga khianat namanya?

7) Pencalonan Wan Azizah dipertikaikan. Bukankah di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama, Presiden sendiri yang mengusulkan dua nama, pertama Wan Azizah dan kedua Azmin Ali?

8 ) "di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja" - Hukum syarak juga adalah untuk orang berakal, bukan untuk orang gila. Dalil Al-Quran, bukan di sana terdapat ayat-ayat afala taqqilun (apakah kamu ntidak menggunakan akal)? afala tatafakkarun (apakah kamu tidak berfikir)? Dalil hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”

9) Jika hendak menggunakan hukum syarak untuk menuduh wanita tak boleh jadi pemimpin, mengapa tidak berterus terang? Kerana PAS sendiri ada pemimpin di alangan wanita seperti ahli parlimen, ADUN, exco dan sebagainya?

10) Bagaimana Presiden boleh menggunakan kuasa veto dan mengkhinati mesyuwarah dengan AJK PAS yang telah membuat keputusan dua nama, Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor? Kita bukan sistem khalifah yang keputusan ditangan seorang pemimpin. PAS adalah sebuah parti yang ada muktamar dan muktamar telah memilikh AJK PAS PUsat. AJK PAS Pusat itu diberi mandat oleh ahli-ahli parti, bukan Presiden seorang. Bukankah jelas arahan Allah:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. Surah Asy-Syura 38.

Dan bukankah Rasulullah saw pernah bersabda : “ المستشار مؤتمن ” “Orang yang bermesyuarat pasti akan disentosakan”. Mengapa pakai kuasa veto?

11) Bagaimana kisah pertemuan di Manchester? Bagaimana dengan menantu sendiri menjadi ahli Majlis Syura? Bagaimana dengan ahli Majlis Syura dan kroni-kroni Presiden yang mendapat saham dengan nilai ratusan ribu ringgit yang lansung tidak diketahu oleh ahli-ahli PAS biasa?

12) Tukang sorak menyambut gembira ucapan penggulungan Tuan presiden, memberi lampu hijau kepada kumpulan yang sama bersorak dan mengejek perwakilan. Apakah Tuan presiden ingin menyemarakkan budaya ini di dalam parti?

Ulasan seterusnya silalah baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails