Thursday, September 18, 2014

Warkah dari Istana kepada Anwar Ibrahim...


Dalam kenyataan empat muka kepada media ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengatakan kenyataan Ketua Umum PKR itu tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

"Adalah menjadi polisi pihak istana tidak mendedahkan nama-nama dan juga maklumat mengenai calon-calon yang dikemukakan, serta proses pemilihan menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan, maka perkara ini perlu diperjelaskan.

"Oleh demikian, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor," katanya.

Berikut adalah kenyataan medianya..


Rentetan dari jawapan pihak Istana itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun dari pihak Sultan andaikata ada kekhilafan berlaku...

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA  
18 SEPTEMBER 2014  
PENJELASAN MENGENAI AMALAN (CONVENTION)  
Merujuk kenyataan Y. Bhg. Dato’ Hj. Mohamad Munir Bin Bani dan Istana Selangor mengenai soal amalan (convention), ingin saya jelaskan: saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan UMNO-BN, sejak 1982 hingga 1998.  
Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari DYMM Sultan Selangor.  
ANWAR IBRAHIM

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails