Tuesday, September 16, 2014

Nga Kor Ming menjawab serangan Blogger PR isu rumah dan keretanya..


Gambar di atas adalah salah satu dari empat keping gambar yang beredar dalam laman Blog, Facebook dan juga Twitter baru-baru ini.

Ianya dikatakan milik Ahli Parlimen Taiping yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nilainya dianggarkan lebih dari setengah juta RM di mana Volvo XC90 samada D5 atau T5 aku kurang pasti tapi harganya ialah sekitar RM350,000 manakala Toyota Estima harganya antara RM180,000 dan VolksWagen Golf pulak harganya sekitar RM140,000.

Tak tahu pulak aku kereta yang mana satu dibeli menggunakan AP yang diperolehinya sebagai Ahli Parlimen..kalau beli gunakan AP harganya lebih rendah dari harga di atas..

Disamping gambar tiga buah kereta itu gambar-gambar sebuah rumah yang berwarna putih yang dianggarkan bernilai lebih dari RM3 Juta juga turut tersebar..

Berikut adalah gambar-gambar rumah tersebut..


Aku tak turut sama menyerang Nga Kor Ming ni bukannya kerana aku dibauar oleh DAP atau PKR ataupun PAS sebagaimana yang dituduh kebanyakkan macai.

Tapi kerana sejak dari mula aku terlibat secara tak langsung dalam arena politik negara kita ini aku nampak ada perbezaan antara ahli Politik yang berbangsa Cina dan Melayu.

Kebanyakkan ahli politik yang berbangsa Cina sebelum berkecimpung dalam dunia politik terdiri dari usahawan atau peniaga, mereka menceburi politik hanya untuk mengejar kuasa bagi membolehkan empayar perniagaan mereka diperluaskan.

Manakala ahli Politik yang terdiri dari bangsa Melayu pula, kebanyakkannya tak punya harta sebanyak manapun.. mereka menceburi politik untuk mengejar kuasa bagi membina harta.. tengoklah sekeliling kita.. tengok semua pemimpin baik dari UMNO, PKR mahupun PAS..

Pasal rumah pulak aku tak berapa hairan kalau masyarakat Cina ni punya rumah yang besar-besar, sebabnya kebanyakkan mereka tinggal dalam satu rumah itu beramai-ramai atau hampir satu keturunan bermula dari datuk nenek hingga ke anak cucu..

Kalau tak percaya pergi lihat sendirilah... tengok pada sebelah malam atau pada hari cuti dan kira berapa banyak kereta yang ada.. Jadi bayar pun dikongsi bersama-sama mereka..

Sayangnya masyarakat Melayu tak boleh nak tinggal satu keturunan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Cina itu.. paling lama pun setengah tahun saja...

Berikut adalah penjelasan Nga


IPOH - Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

“Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya.

“Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya,” katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

“Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

“Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta,” katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah lapor Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails