Friday, September 12, 2014

Loji najis dibina di Kampung penyokong tegar UMNO sebagai penghargaan buat sokongan mereka?


Nasihat aku buat saudara-saudara dari negeri Johor ni yang mengaku mereka adalah penyokong tegar UMNO selama berdekad..

Tak perlu marah-marah.. bergembiralah!.. anggaplah loji najis yang nak dibina dikampung mereka itu sebagai hadiah atau penghargaan dari Kerajaan UMNO Johor buat mereka..

Penghargaan kerana dah berpuluh tahun mereka menyokong UMNO..

Loji najis yang hendak dibina dikampung mereka oleh pihak pemaju hartanah mewah Danga Bay tidak akan terbina di situ jika pelan pembinaannya tidak diluluskan oleh pihak berkuasa yang dikuasai oleh pemimpin UMNO Johor sendiri..

Takkanlah Ahli Majlis- Ahli Majlis yang terlibat untuk meluluskan pelan pembangunan di situ tidak menyedari adanya kampung mereka di situ..

Tapi mungkin juga kerana disedari mereka adalah penyokong tegar UMNO.. walau diperlakukan apa saja akan tetap menyokong UMNO maka Loji Najis diluluskan untuk dibina di situ... he..he..he...

Laporan berkaitan...

BERANG dengan cadangan pihak pemaju hartanah mewah Danga Bay mahu membina loji najis di kampung mereka, lebih 100 penduduk Kampung Pasir mengadakan perhimpunan secara aman hari ini.

Sambil membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang, penduduk kampung terbabit berkumpul sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di hadapan Masjid Ungku Tun Aminah di Kampung Pasir.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Pembinaan Loji Najis itu, Mortadza Abdullah yang mengetuai perhimpunan itu kemudiaannya menyerahkan memorandum bantahan penduduk kepada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas Datuk Tengku Putra Harun Aminurrashid Jumat.

Memorandum itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Tengku Putra, kerajaan negeri perlu memberi perhatian laungan ketidakpuasan hati penduduk Kampung Pasir dan kampung sekitarnya kerana mereka merupakan "fixed deposit" kepada Barisan Nasional (BN).

"Mereka merupakan fixed deposit kepada BN dan Umno sejak daripada dahulu lagi. Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada mereka," katanya.

Memandangkan projek pembinaan loji itu masih di peringkat cadangan, pandangan serta pendapat penduduk tempatan tentang projek loji najis masih boleh diberikan pertimbangan oleh kerajaan negeri termasuk membatalkannya.

"Kita kena cegah "disease" (loji) sebelum ianya menjadi penyakit," kata beliau sambil menambah, kejadian banjir kilat di jalanraya hadapan projek mewah Danga Bay semalam merupakan bukti jelas ketidakmampuan pemaju berkenaan mematuhi peraturan berkenaan pembinaan.

Jika pemaju gagal mematuhi peraturan bagi mengelak banjir di hadapan Danga Bay, terdapat kemungkinan yang sama akan berlaku pada pembinaan loji najis di Kampung Pasir dengan penduduk kampung pula menjadi mangsa, kata beliau.

Pemaju projek mewah di Danga Bay yang rata-ratanya telah dibeli oleh warga asing, bercadang membina loji najis di atas tanah seluas 18 ekar di tengah-tengah Kampung Pasir yang keseluruhannya didiami oleh penduduk berbangsa Melayu. -- Malaysia Gazette

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails