Wednesday, September 24, 2014

"Kuala Kedah tetap Kuala Kedah" dah kalahpun depa nak gaduh lagi?.. sudah-sudah laa..


Sebelum ini mungkin ramai yang tak kenal siapa Ustaz Ridzwan Abu Bakar... tetapi selepas episod doa laknat dan mikrofon dirampas, nama Ustaz ini menjadi viral di media sosial.

"Outburst" ustaz itu mengundang pelbagai respons, termasuk dari Dr Riduan Mohamad Nor.

Namun ternyata status pendek Dr Riduan menyinggung Ustaz Ridzwan dari Kuala Kedah:


Berikut kenyataan balas Ustaz Ridzwan terhadap status Dr Riduan Mohamad Nor tersebut. Yong siarkan buat penilaian yang tiada FB:

KUALA KEDAH TETAP KUALA KEDAH.

Itulah yang ditulis oleh Dr Riduan Md Noor melalui FBnya pada 19 September yang lalu, saya yakin Kuala Kedah yang beliau maksudkan adalah PAS Kawasan Kuala Kedah, saya juga yakin beliau keluarkan ungkapan itu merujuk kepada teguran perwakilan Kuala Kedah dalam muktamar pada hari tersebut terhadap perbahasan gaya doa yang telah disampaikan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan, saya juga yakin ungkapan ini keluar kerana beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia telah ditegur oleh perwakilan pemuda Kuala Kedah kerana menerima usul tergempar yang membawa makna dan maksud yang sama dengan satu usul yang telah diterima tanpa bahas, seolah olah ada sesuatu yang amat perlu dizahirkan melalui usul tersebut. Ungkapan tersebut juga saya yakin lahir kerana pelbagai "kata tak sedap" yang telah dilemparkan kepada PAS Kuala Kedah.

Antara senarai panjang "pandangan serong" dan "tuduhan" kepada PAS Kuala Kedah adalah; bughah, suka melawan, tak wala, ada agenda sendiri, besar kepala, kumpulan syiah atau cenderung syiah dan yang paling besar pada waktu ini penyebab kepada kekalahan PAS dan Pakatan di Kedah, semua pandangan serong ini menyebabkan ramai membuat kesimpulan "biasalah Kuala Kedah!" apabila ada apa apa isu yang berkait dengan Kuala Kedah, hatta ada di kalangan pimpinan pusat tak sudi menerima jemputan berprogram kerana dianjurkan oleh PAS Kuala Kedah. Demikianlah penangan pandangan serong yang dibina terhadap PAS Kuala Kedah.

Ada juga tuduhan bahawa PAS Kuala Kedah sengaja membawa diri membina autonomi sendiri, kononnya Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah tak pernah hadir mesyuarat penerangan, sedangkan sememangnya ketua penerangan kawasan tidak pernah dijemput, satu ketika PAS Kedah mengeluarkan buletin, petugas yang menghantar buletin ke pejabat PAS Kuala Kedah telah bertanya kepada petugas "nak dak buletin ni?" dengan nada yang agak kasar, petugas menjawab "tak mau" tanpa diarah oleh sesiapa, beliau hanya menjawab pertanyaan orang yang menghantar, selepas itu dihebohkan bahawa "tu la Kuala Kedah, besaq kepala, depa ingat depa tu wilayah autonomi", pimpinan kawasan segera bertindak untuk membetulkan salah faham, PAS Kuala Kedah membeli buletin tersebut untuk setiap keluaran sehingga ia diberhentikan.

Sewaktu pilihanraya kecil Sungai Limau, Kuala Kedah ditugaskan menjaga UPU Dulang Kecil dan Dulang Besar, setiap hari ada taklimat untuk jentera penerangan, jentera penerangan Kuala Kedah sesekali terpaksa "menguzurkan" diri kerana tugas lain, sekali lagi "puak kola ni memang keraih kepala" dihebohkan sampai ada yang berautoriti dalam penerangan mengatakan PAS Kuala Kedah tak pernah hadir pertemuan jentera penerangan, pada hal sepanjang PRK itu, penerangan Kuala Kedah sentiasa menghantar wakil samaada ketua penerangan, setiausaha penerangan atau ketua penerangan pemuda.
Bahkan, ada pertemuan yang diaturkan oleh penerangan negeri yang hanya dihadiri oleh wakil beberapa kawasan yang salah satunya adalah Kuala Kedah, termasuklah perbincangan pra Konvensyen PAS Kedah pada 13 September yang lalu, apapun "Kuala Kedah tetap Kuala Kedah".

PAS Kuala Kedah secara keseluruhannya dituduh syiah hanya kerana ada syiah di kuala kedah, tanpa ada tuduhan yang sahih dan juga tanpa sebarang pengadilan. Tuduhan bahawa "Fulan bin Fulan" syiah sering kedengaran, tetapi selalunya TANPA bukti yang nyata, hanya kerana pernah ke Iran dicopnya beberapa orang pimpinan Kuala Kedah sebagai syiah.

PAS Kuala Kedah dituduh sebagai bughah kerana krisis yang pernah tercetus diantara YDP Kuala Kedah dengan bekas MB kedah satu ketika dahulu, ramai orang hanya bertanya dan berbicara tentang krisis tanpa melihat latarbelakang kenapakah krisis tersebut berlaku. Apapun dalam menghadapi krisis tersebut YDP Kuala Kedah telah bertindak dengan semangat syura yang tinggi.

PAS Kuala Kedah dituduh penyebab kekalahan PAS di Kedah, hakikatnya Kuala Kedah adalah antara kawasan di Kedah yang dimenangi sepenuhnya oleh PAS dan Pakatan selain Padang Serai, ini semua berlaku dengan bantuan Allah dan kesungguhan pimpinan dan amilin Kuala Kedah merancang, bergerak dan bekerja untuk kemenangan wadah Islam yang didukung oleh PAS.

Demikianlah, PAS Kuala Kedah disalahpandang oleh kebanyakan orang hatta AJK PAS Pusat macam Dr Riduan pun terkeliru dan tidak pernah bertanya tentang Kuala Kedah dari pimpinan Kuala Kedah.

Untuk Dr Riduan dan mereka yang salah anggap kepada PAS Kuala Kedah, silalah ke Kuala Kedah untuk menziarahi dan berprogram bersama PAS Kuala Kedah.

Ridzwan Abu Bakar
Ketua Penerangan Kuala Kedah
(Asal Kubang Pasu, bermukim di Pokok Sena).

Berikut status Dr Riduan yang menyinggung Kuala Kedah:


Sumbernya dari Yong Suka Kuning.. ulasan Yong silalah baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails