Monday, September 22, 2014

Kenyataan Media dari Presiden Keadilan mengenai lantikan Azmin sebagai MB..


"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang dibuat Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan Azmin, timbalan presiden PKR, sebagai menteri besar Selangor yang baharu," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum itu menghadiri satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR petang tadi yang turut dihadiri Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada 29 Adun PKR dan DAP, serta 2 Adun PAS yang menyokongnya sebelum ini sebagai calon MB baharu.

"Saya menghargai kesepakatan 29 Adun ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka," katanya.

Dr Wan Azizah berkata, beliau sebelum ini sudah membuat keputusan menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar Selangor yang baharu dan keputusan muktamad tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.

Menurutnya, MPP juga sebulat suara menyokong Azmin sebagai menteri besar Selangor..

Berikut adalah kenyataan media dari Presiden Keadilan

KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi 
Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. 
Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka. 
Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. 
Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. 
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu. 
Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. 
Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor. 
Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor. 
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
22 September 2014

Macai tentu kecewa... ha.. ha...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails