Friday, September 26, 2014

Kata Prof Agus.. Dua hari berturut-turut PAS terima berita malang kerana anak muda ..


PAS menerima nasib malang dua hari berturut-turut; semalam di negeri terkuatnya Kelantan, apabila kalah di Pengkalan Kubor, hari ini di Selangor apabila kuota ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya (exco) kurang dari empat kepada tiga.

Kedua-duanya disifatkan berpunca daripada anak muda.

Bagi penganalisis politik Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah kerana anak muda yang sudah muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Kehilangan satu kerusi exco di Selangor juga diletakkan atas kesilapan anak muda, iaitu Pemuda PAS.

Tengahari semalam Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco Selangor akan kekal empat untuk PAS. Namun pada lewat petang, Azmin sekali lagi mengumumkan 'laporan tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan.'

Dalam satu temubual dengan Sinar Harian Online semalam, Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin mengatakan tidak mustahil PAS meninggalkan PR, kerana sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Ekoran kenyataan itu, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil membuat kenyataan balas menyesali kenyataan Khairil.

Kenyataan Fahmi dibuat selepas Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin menuntut PAS diberikan dua kerusi exco sahaja.

Hari ini hanya tiga exco PAS Selangor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan – Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Talib – berbanding empat sebelum ini.

Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN dalam laluan untuk menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

"Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam PR yang kacau. Maka, harapan mereka melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur," tambahnya lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails