Friday, September 26, 2014

Jangan marah YB Halimah.. Azmin hanya akur saranan Hj Hadi dan Majlis Syura PAS sajee...


Nampak marah dan kecewa bekas Exco Negeri Selangor ini bila disoal wartawan mengenai barisan Exco Selangor yang dilantik oleh Menteri Besar Selangor yang baru..

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," katanya..

Selain itu beliau juga mengucapkan kepada Exco-exco yang baru dilantik. "Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda,"

Tak wajar rasanya jika YB Halimah melepaskan kemarahannya itu kepada Menteri Besar Selangor yang baru itu.

Aku yakin Azmin Ali pun rasanya berat hati untuk menggugurkan YB Halimah dari senarai Exconya kerana Halimah dikatakan telah melaksanakan tanggung jawabnya sebagai Exco dengan baik sekali selama ini..

Halimah dipercayai cuma digugurkan sebagai tanda penghormatan Azmin kepada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak menggalakkan Wanita diangkat sebagai Ketua.

Azmin dipercayai menggugurkan YB Halimah dari senarai Exconya setelah mengambil kira pandangan Tuan Guru Haji Hadi, Dato Harun Din dan Majlis Syura PAS sendiri mengenai kedudukan Wanita sebagai pemimpin.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pernah menjelaskan berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin,

Terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah ‘ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).  
Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali.  
“Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi. 
“Wilayah ‘ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham,” 

Maka atas faktor itulah sebagai menghormati PAS dan juga saf kepimpinannya perkara ini diterjemahkan, tiada YB Wanita dari PAS dilantik menjadi Exco..malangnya ianya terkena pada YB Halimah.

Jadi... YB Halimah janganlah marah...

Laporan berkaitan..

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali. 
"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali. 
Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen? 
Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini. 
Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja. 
Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik. 
"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya. 
Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu. 
Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu. 
"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails