Sunday, September 14, 2014

Haji Hadi buat lawak atau Nik Nazmi berbohong ni?


Kalau bohong Nik Nazmi ni... maka bohonglah aku.. sebabnya antara pendedahannya mengenai pertemuan antara Pemuda PR dengan Presiden PAS ada antara ayat yang sukar diterima akal..

Ya lah.. biasanya seseorang yang hendak memantau kebolehan seseorang itu, dirinya punya kebolehan atau pengalaman yang lebih baik dari individu yang hendak dipantaunya itu..

Tapi dalam hal ini.. Nik Nazmi kata Haji Hadi mahu memantau Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor..

Baca ni..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.

Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.

Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.

"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.

Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.

Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB lapor The Malaysian Insider

Kalau nak memantau itu boleh.. tapi tidakkah Haji Hadi sedar beliau sendiri telah gagal mengekalkan Terengganu ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, sehingga PAS gagal menawan semula negeri tersebut walaupun wujud perpecahan dalam Umno.

Ditambah pula dengan sokongan membuta-tuli beliau kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS pada 2013, pada ketika PR memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya.

Persoalan utamanya ialah adakah Khalid akan mendengar cakap Hadi? sedangkan nasihat rakan-rakan dari sesama parti pun tidak diendahkannya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails