Tuesday, September 16, 2014

Disebalik Hari Malaysia.. Apa yang rakyat Malaysia perlu tahu ialah..


Sambutan Hari Malaysia Ke-51 peringkat kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Bandaraya Miri, Sarawak, malam ini.

Pada 16 September 1963, Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Tanggal tersebut menjadi tarikh keramat menyaksikan seluruh rakyat menghayati pembentukan Malaysia menerusi kata sepakat yang dicapai antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (juga Singapura ketika itu) pada tahun 1963.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytihar sebagai hari cuti awam di seluruh negara mulai tahun 2010 ekoran pengumuman Najib pada Oktober tahun sebelumnya.

Namun disebalik pengumuman Najib itu apa yang kita rakyat Malaysia perlu tahu ialah cadangan cuti tersebut bukanlah datangnya dari idea Najib.

Ianya datang dari hasil pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada awalnya telah ditolak mentah-mentah oleh Pak Lah dan disanggah oleh beberapa orang Professor..

Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, jika Anwar cuba 'menanam' nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.

Manakala Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai gimik daripada seorang ahli politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih perhatian daripada isu-isu besar.

Menurutnya, tiada apa signifikan sama ada 16 September diisytiharkan cuti umum atau tidak. ''Apakah kalau cuti, kita lebih patriotik? Tiada asas untuk kata, tidak cuti tidak patriotik. Ini lebih kepada gimik politik oleh ahli politik yang bankrap idea seperti Anwar.

Seorang lagi ahli akademik, Abdul Hamid Yeop Zainudin berkata, cadangan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa ia sebahagian daripada agenda politiknya dalam usaha meraih perhatian rakyat secara psikologi.

''Ini adalah perang psikologi yang cuba diterapkan oleh Anwar, tiada lain semata-mata untuk tujuan politik beliau,'' katanya.

Abdul Hamid yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, tindakan Anwar itu juga amat berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.


Sekarang apa macam professor-proffesor?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails