Monday, September 22, 2014

Di Pengkalan Kubor.. senjata dah makan tuan..


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau dan menurunkan kain rentang yang memaparkan tulisan "broker dan barua".

Beliau bimbang kain rentang dan poster provokasi dan tidak berkaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor dikhuatiri akan menimbulkan sentimen yang tidak baik di kalangan pengundi di kawasan itu.

Antara tulisan kain rentang itu bertulis: "Kito jange sokong parti hok ado brokar dan barua".

"Kain rentang yang provokasi ini, kita harap pihak SPR boleh pantau dan dapat laksanakan tanggungjawab dan tugas bagi pastikan tidak ada kain rentang yang menimbulkan sentimen tidak baik di kalangan pengundi.

"Kita jangka tiga hari terakhir ini mungkin cuaca politik lebih panas dari biasa," katanya yang pengarah PRK itu dalam sidang media di markas PAS DUN itu hari ini.

Beberapa kawasan di Pengkalan Kubor turut dinaikan kain rentang antara lain memaparkan wajah ADUN Salor Datuk Husam Musa dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.


Kain rentang itu antara lain memaparkan petikan kata-kata dua tokoh itu yang mengkritik kerajaan negeri dan PAS Kain rentang itu bertulis: "Haron Din kecewa keputusan Majlis Syura PAS diperlekeh oleh golongan pro Anwar", "Bukan rahsia lagi kepimpinan ulama diserang bertubi-tubi. Orang jual kacang, orang jual cendol pun sudah tahu".


Sebelum ini juga, PAS dan NGO pro-royalti 'R' menggantung beberapa kain rentang mengenai isu royalti minyak antaranya bertulis "Undi calon untuk royalti, tolak pengkhianatan rakyat Kelantan". 

Malah terdapat juga papan tanda daripada Urus setia Penerangan Kerajaan Negeri yang bertulis "Royalti perjanjian sama, jarak lebih dekat, royalti tak dapat".

Bagi membalas serangan itu, BN turut menaikkan satu papan tanda besar bagi menangkis dakwaan PAS.

Papan tanda itu bertulis "RM12 bilion fitnah besar PAS. Tetapi demi rakyat, mulai tahun depan wang ehsan akan disalurkan 50% kepada Majlis Agama Islam Kelantan dan 50% disalur terus kepada rakyat Kelantan" ~ Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails