Sunday, September 14, 2014

Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah terkorban di Syria


Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin yang menyertai peperangan di Syria bagi menentang Presiden Bashar Al-Assad dilaporkan terkorban hari ini selepas mengalami kecederaan parah sebelum ini.

Laporan pemergian Lotfi dipetik daripada akaun Facebook, Abu Talhah II, salah seorang lagi rakyat Malaysia yang turut berperang di Syria.

"Assalamualaikum, perginya seorang sahabat buat diriku, ulama dan mujahid buat ummah ini. Pemergiannya sangat dirasai kepada kami di sini, beliau tempat kami menadah ilmu dan membuat rujukan dalam permasalah ulama," tulis Abu Talhah di Facebook.

Gambar kenangan pemilik akaun tersebut bersama Lotfi juga diletak bersama-sama status untuk memberitahu tentang kematian seorang lagi rakyat Malaysia itu.

Pengguna Facebook di ruang komen juga mengucapkan takziah di atas berita pemergian Lotfi. Lotfi sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu.

Lofti bersama kumpulan Malaysia dikatakan diserang hendap tentera Al-Assad di Syria.

Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, mengesahkan perkara itu dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian.

Zainon berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan adiknya oleh rakan melalui laman Facebook.

Salah seorang pengguna Facebook, Izham Che Mohd Jusoh mengucapkan takziah di ruang komen status tersebut. "Semoga Allah menerima beliau sebagai Syuhada," katanya.

Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukanya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial.

Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang dalam gerakan bersenjata.

Seorang lagi rakyat Malaysia, adalah bekas anggota kumpulan rock Melayu, Ali Ukay.

Beliau dikatakan dipengaruhi Lotfi dan menyertainya ke Syria.

Lotfi dikatakan bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria lapor The Malaysian Insider 

..... Semoga Allah menerima beliau sebagai Syuhada.. dan Al Fatihah buat Allahyarham...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails