Wednesday, September 24, 2014

Baru hari pertama sebagai MB, Azmin dah diserang Utusan?


Baru hari pertama Azmin Ali memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru hari ini tapi rasanya belum sempat dia melangkah ke pejabatnya Lidah Rasmi UMNO dah mula menyerangnya..

Lidah Rasmi UMNO telah cuba untuk melaga-lagakan antara Azmin dan Khalid dalam masa yang sama cuba untuk menunjukkan Azmin Ali bersifat pendendam..

Utusan telah melaporkan kononnya Azmin telah mengkritik pentadbiran Khalid yang telah menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sekaligus menjadikan Ketua Umum KEADILAN hilang jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.


Laporannya..

Mohamed Azmin Ali mula menunjukkan belang pada hari pertama beliau menjadi Menteri Besar Selangor dengan mengkritik tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.  
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemecatan itu menimbulkan persoalan memandangkan ia dilakukan pada hari terakhir Abdul Khalid menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor.  
"Sudah tentu ini menimbulkan persoalan mengapa pemecatan ini berlaku pada hari terakhir pentadbiran Abdul Khalid.  
"Anwar telah memegang jawatan tersebut sejak enam tahun lalu, tiada isu apa pun. Mengapa beliau disingkirkan?" katanya dalam sidang akhbar di kediaman ibunya, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, dekat sini hari ini ~ Utusan

Yang aku faham ialah apa yang Azmin katakan itu ialah satu persoalan.. apakah mempersoalkan itu bermaksud mengkritik?

Mungkin bagi pengarang Utusan mempersoalkan itu sama maksudnya dengan mengkritik... entahlah..

Hakikatnya Azmin tak kritikpun malah dia puji Khalid lapor Sinar..

KLANG - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memuji gerak kerja bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beliau berjanji untuk meneruskan dasar peduli rakyat seperti amalan sebelum ini. 
“Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Abdul Khalid dan beliau telah letakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri. 
“Sudah tentulah menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar-dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih, bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” katanya. 
Mohamed Azmin dalam sidang media pertamanya selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan Menteri Besar berkata, beliau akan mencorakkan pentadbiran negeri dengan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan yang berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menjamin pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat ~ Sinar Harian

Bezakanlah.. dan nilaikan yang mana lebih berkredibiliti...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails