Friday, September 26, 2014

Azmin dedah Komposisi Exco.. 3:3:4 bukannya 4:3:3.. PAS hilang satu EXCO


Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.

Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.


Senarai terbaru yang diumumkan Azmin sebentar tadi ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Amirudin Shari (PKR), Dr Dorayah Alwi (PKR) juga Elizabeth Wong (PKR).

Sementara barisan Exco Pas, Azmin mengekalkan nama Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi dengan satu muka baharu, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib. Bagi DAP pula,

Azmin mengekalkan nama Exco terdahulu iaitu Ean Yong Hian Wah, V. Ganabatirau dengan Datuk Teng Chang Kim.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails