Monday, September 29, 2014

15 Ahli Majlis MPPP mahu Iszuree dipecat..


Ahli majlis perbandaran daripada PKR dan DAP ketika ini sedang giat mengumpulkan tandatangan dari rakan mereka dalam usaha mendesak supaya Ketua Whip PAS Iszuree Ibrahim dipecat.

Sekakat ini, seramai 15 daripada 35 ahli majlis sudah menandatanganinya. 

Daripada 23 ahli majlis yang dilantik, 10 daripadanya adalah daripada DAP, 8 PKR dan 2 PAS, manakala tiga lagi daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli majlis Chris Lee daripada DAP berkata mereka serius meminta kerajaan negeri menamatkan khidmat ketua whip Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut.

Katanya, petisyen itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri hari ini untuk dipertimbangkan. 

Beberapa ahli majlis mengadakan sidang media di Komtar pagi ini, membidas tuduhan Iszuree yang menyerang kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam isu pembangunan.

Mereka mengkritik Iszuree kerana menyamakan kerajaan negeri dengan Barisan Nasional (BN) berikutan satu artikel yang diterbitkan dalam satu portal berita pada 19 September.

Iszuree yang berucap sebagai perwakilan semasa Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat itu menyentuh tentang penduduk tradisional yang diusir bagi memberi laluan kepada projek pembangunan baru di negeri itu.

Beliau berkata, pemimpin PR kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.


Mohd Hariszuan Jaharudin, seorang lagi ahli majlis DAP berkata, Iszuree tidak pula menyebut mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri.

"Apa yang dikatakannya berat sebelah, tidak menggambarkan situasi sebenar. Sebagai seorang ahli majlis yang kanan, beliau sepatutnya tahu kenyataan itu akan mudah dimanipulasi.

"Dan beliau tidak berhenti di situ sahaja, sebaliknya memburukkan lagi keadaan dengan menulis kenyataan Mao Ze Dong dalam akaun Facebooknya. Adakah itu juga tersalah petik?"

Hariszuan merujuk kepada tulisan di Facebook Iszuree sebaik beliau digantung daripada jawatankuasa tetap kesihatan awam, kewangan dan perancangan lapor The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails