Wednesday, July 30, 2014

Australia sembunyi kes rasuah jutaan dollar libatkan pemimpin Malaysia..


Australia memberi arahan senyap ke atas kes rasuah berjuta-juta dolar yang melibatkan Reserve Bank of Australia (RBA), Malaysia, Indonesia dan Vietnam melalui perintah mahkamah, lapor WikiLeaks hari ini.

Kes tersebut menamakan pemimpin dahulu dan kini dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam serta saudara mara dan pegawai kanan mereka.

Skandal ini juga melibatkan anak-anak syarikat RBA – Securency dan Note Printing Australia. Pekerja dari kedua-dua syarikat didakwa merasuah pegawai di Malaysia, Indonesia dan Vietnam sejak 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak pencetakan wang kertas.

"Ini merupakan penutupan yang tidak disangka oleh pihak berkuasa Australia mengenai kes yang berprofil tinggi dan bernilai berjuta-juta dolar," kata penerbit laman sesawang anti-rahsia itu, Julian Assange.

Alasan keselamatan negara diberikan pihak berkuasa Australia bagi mengelakkan laporan ke atas kes ini, untuk melindungi hubungan antarabangsa Australia.

Akhbar The Age dalam laporannya pagi ini berkata tiada lagi organisasi Australia yang dibenarkan memaparkan dokumen tersebut ataupun kandungannya.

Ia melaporkan kata-kata Julian Assange tanpa apa-apa butir terperinci. Assange berkata perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berikutan pendakwaan rahsia tujuh eksekutif kanan daripada dua anak syarikat tersebut.

WikiLeaks mendedahkan 17 individu dalam senarai sekatan itu termasuk perdana menteri dahulu dan sekarang di Malaysia.

Antaranya adalah Presiden Vietnam Truong Tan San, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono and bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri.

Perintah tertinggi itu khususnya melarang menyiarkan tentang perintah itu sendiri, menutup dengan berkesan kes rasuah terbesar di Australia dan kawasan sekitarnya," kata Assange.

Beliau berkata perintah menutup yang diluluskan terakhir berlaku pada 1995.

Kes pada masa itu melibatkan operasi perisik Amerika-Australia terhadap kedutaan China di Canberra.

Assange berkata perintah tertinggi ke atas skandal wang kertas tersebut merupakan yang terburuk dalam sejarah.

"Dengan perintah ini, kerajaan Australia bukan sahaja menutup mulut media Australia, ia sedang menutup mata rakyat Australia," beliau dipetik sebagai berkata.

"Ini bukan sahaja soal tentang kerajaan Australia gagal memberi keadilan ke atas kes rasuah dengan berterus-terang dengan rakyat.

"Menteri Luar Julie Bishop perlu menjelaskan mengapa beliau mengugut rakyat Australia dengan penjara dalam usaha menutup skandal rasuah memalukan yang melibatkan kerajaan Australia."

Dakwaan rasuah mula timbul pada 2009, yang kemudiannya membuatkan Australian Federal Police dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan siasatan masing-masing.

Ketiga-tiga, termasuk seorang peniaga, didakwa menerima RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan untuk memastikan kerajaan menggunakan wang kertas polimer tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2011 menafikan dakwaan bahawa dua syarikat Australia cuba untuk merasuah beliau bagi mendapatkan kontrak wang RM100 juta semasa khidmatnya.

Cubaan tersebut dipercayai berkaitan dengan perjanjian untuk membekalkan wang kertas polimer RM5 yang mula digunakan pada 2004 lapor The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails