Monday, June 30, 2014

Felo Kanan UM letak jawatan ekoran pemecatan Pengarah UMcedel


Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) berikut pemecatan kontroversi seorang profesor di universiti tersebut.

"Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Prof Redzuan," katanya menerusi Twitter, pagi Isnin.


Menurut laporan, pensyarah sains politik UM Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman telah diminta untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) oleh Kementerian Pendidikan kerana kementerian tidak berpuas hati dengan tinjauan bebas dan tinjauan mengenai suasana politik Malaysia yang dijalankan oleh profesor berkenaan.

Turut dilaporkan, kedudukan Profesor Dr Redzuan sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Jabatan Sains Sosial tidak diperbaharui.

Laporan-laporan mendakwa bahawa penamatan profesor adalah disebabkan rasa tidak puas hati di atas keputusan kajiselidik dan tinjauan Profesor Dr Redzuan yang didakwa menunjukkan Barisan Nasional berada dalam keadaan tidak baik ~ mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails