Wednesday, June 25, 2014

Cara berpakaian lagak 'Raja Bangsawan' pemimpin UMNO dibidas bekas Menteri


Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan menyatakan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa yang hidup ringkas.

Ini, tambahnya, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.


“Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.


“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,” sindir Zainuddin.

Menulis di blognya hari ini, Zainuddin juga membandingkannya dengan keadaan semasa kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura ditubuhkan.

Pada masa itu, tambah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan itu, pemimpin PAP, termasuk perdana menteri, hanya berpakaian biasa dengan seluar dan baju putih ke parlimen.

Katanya, ini dilakukan walaupun mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi ~ Malaysiakini

Kat atas tu semuanya pemimpin-pemimpin UMNO... tengoklah pakaian macai-macai yang hadir dalam majlis ini...


Jauh bezanya.. macam Hamba dan Raja..

Kalau macai-macai tu pakat pegang tombak lagi real.. ha.. ha..ha...

Itupun macai tak sedar lagi..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails