Thursday, June 26, 2014

Berita palsu rupanya kes lelaki India culik pelajar di Perak yang tersebar dalam WhatsApp ni...


Hari ini satu lagi berita tentang penculikan telah tersebar dalam WhatsApp, ianya disertakan dengan gambar di atas dan juga sekeping lagi gambar seorang pelajar di bawah..

Ini apa yang tersebar.. "Pada jam lebih kurang 1.00 Tenghari tadi seorang pelajar Fitri Aida pelajar darjah 3 (anak kepada cikgu SK Sg Behrang) dari SKAB Slim River telah di culik oleh 2 orang india."

"Penculik telah diberkas oleh Polis di Sungkai kerana penculik melanggar sekatan pihak berkuasa Polis."

"Difahamkan juga Fitri Aida diberi ubat pelali untuk tidak melawan dan Alhamdulillah pelajar itu kini dalam rawatan pihak hospital."


Sebenarnya apa yang tersebar itu adalah satu laporan palsu..

Ini laporan sebenar mengenai dua gambar yang tersebar bersama berita palsu itu..

SLIM RIVER : Hanya dengan umpan membeli buku, seorang murid tahun tiga nyaris menjadi mangsa rogol selepas dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian culik di sebuah stesen bas berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila berjaya melarikan diri di Jalan Slim Lama, Slim Village berhampiran perkuburan Cina, sebelum diselamatkan seorang wanita.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu disedari kakak mangsa berusia 12 tahun yang ternampak kelibat adiknya bersama seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Sangsi dengan keadaan itu, kakak mangsa segera menghubungi ayahnya sebelum satu laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berusia 57 tahun itu pada mulanya mengajaknya menaiki kereta dengan alasan untuk ke kedai membeli buku.

Menurutnya, ketika berada dalam kenderaan, suspek telah mengugut mangsa agar tidak melarikan diri sebelum membawanya ke sebuah pondok berhampiran perkuburan Cina.

"Tiba di kawasan itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar.

"Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek, namun setelah beberapa minit, lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi menyebabkan mangsa segera melarikan diri.

"Seorang wanita yang kebetulan melalui jalan berkenaan segera memberhentikan kenderaannya sebaik terlihat kanak-kanak itu yang berlari dalam keadaan ketakutan, sebelum membawanya ke balai polis," katanya.

Identiti lelaki tidak bermoral itu, bagaimanapun berjaya dibongkar dalam tempoh kurang dua jam apabila polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek kira-kira jam 2.40 petang di sekitar Slim River ~ Sinar Harian 

Siapa punya kerja entahlah.. memang tak ada kerja sungguh yang menyebar berita palsu tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails