Thursday, May 29, 2014

Skandal Pinjaman RM32 Juta: Apahal Hassan Malek lari dari wartawan ni?


Hassan Malek sepatutnya tidak mengelak dan melarikan diri dari menjawab sebarang soalan yang akan dikemukakan oleh wartawan berhubung isu skandal pinjaman RM32 Juta ini..

Tindakannya mengelak ini hanya menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadapnya kerana ramai yang berpegang kepada 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'..

Lagipun sebagai pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri tak ada apa yang perlu ditakutkannya kerana sejarah telah membuktikan mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang..

Sebatlah sebanyak mana sekalipun, salah gunakanlah kuasa macam manapun.. selagi mereka berkuasa tidak ada satupun agensi penguatkuasa negara berani menyentuhnya..

Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang bertanya tentang skandal itu. 
Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain. 
Semalam ketika The Malaysian Insider menghubunginya, beliau memberitahu:"Saya sedang makan, saya tidak boleh menjawab panggilan semula." 
Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS yang dihantar.... lapor The Malaysian Insider.

Orang kata.. berani kerana benar.. takut kerana salah.. jadi?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails