Monday, May 26, 2014

MPV Penjenayah rempuh Polis ditemui Dibakar dalam Kebun Pisang


Kenderaan MPV Toyota Wish milik penjenayah yang menyamun van rokok di Parit Buntar, Perak, tengah hari tadi ditemui dibakar di kawasan kebun pisang di antara Lunas dan Ara Kuda, di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim.

Laporan turut mengesahkan unit forensik polis serta bomba dan penyelamat masih berada tempat kejadian.

Suspek penjenayah yang menaiki MPV ini dilaporkan telah melanggar seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal di Parit Buntar tengahari tadi.


Salah seorang anggota polis dilaporkan maut manakala rakannya cedera parah.

Kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

Laporan oleh RakyatNews sebelum ini..

PARIT BUNTAR 26 Mei - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 12 tengahari tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai Mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.

Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.

Al Fatihah buat anggota Polis yang terkorban semasa bertugas ini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails