Thursday, May 29, 2014

Terdesak di Teluk Intan, macai wujudkan FB Dyana Sofya palsu..


Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.

Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan ‘like’ cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli. 

Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum.


Bukan itu sahaja, ia turut cuba menjatuhkan imej Dyana dengan satu perkongsian mengenai UiTM, namun menggunakan Bahasa Inggeris yang salah.

Pun begitu masih ramai yang terkeliru dan tertipu, sedangkan laman Facebook rasmi Dyana yang mempunyai lebih 67 ribu bilangan ‘like’ telah pun mendedahkan hal terbabit.

Laman sebenar yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasof dalam perkongsian semalam menyatakan terdapat banyak lagi laman palsu yang dihasilkan dengan tujuan memburukkan imej Dyana.


“Sebarang ‘posting’ rasmi tentang Dyana dan kempennya hanya akan dikongsi di laman ini,”

“Kami merayu semua kawan-kawan untuk membantu melaporkan laman palsu tersebut yang sedang menyebarkan fitnah tentang Dyana,” tulis pengendali laman rasmi tersebut ~ Roketkini.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails