Friday, May 30, 2014

Bukan 'Runtuhan' tapi 'Rempuhan' yang berlaku di Kota Makkah itu.. (Video Inside)


Kecoh jugak pagi tadi dalam applikasi WhatsApp bila satu clip video mengenai insiden yang berlaku di Masjidil Haram dimuatnaik, bilamana ada yang mendakwa ianya runtuhan..

Tapi bila diperhatikan betul-betul apa yang berlaku di dalam clip video itu ianya nampak seperti runtuhan tapi hakikatnya ianya bukanlah satu runtuhan tetapi rempuhan..

Dan berita dari HarakahDaily juga melaporkan ianya adalah rempuhan bukannya runtuhan yang menyebabkan ramai terkorban..

Ini laporannya..

MAKKAH: Sekurang-kurangnya empat jemaah cedera ekoran insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram ketika operasi membersihkan Kaabah sedah dijalankan.

Jurucakap polis Makkah Lt Kol Atiyah Al-Qurashi berkata, kejadian berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah itu dibuka untuk dibersihkan apabila jemaah berebut-rebut menghampiri pintu Kaabah untuk melihat bahagian dalamnya.

Beliau turut menafikan laporan di laman media sosial, yang mendakwa bahawa tiga orang cuba membunuh diri semasa membersih Kaabah, dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Empat yang cedera itu masing-masing seorang lelaki dan tiga wanita.

Al-Qurashi berkata, tiga wanita yang cedera itu telah diberi bantuan perubatan di tempat kejadian manakala lelaki tersebut cedera teruk di kepala dan dibawa ke hospital.

Bagaimanapun beliau dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Berikut pula adalah video kejadian..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails