Wednesday, April 30, 2014

S/U Agung PAS diperintah bayar ganti rugi RM100K kepada FELDA


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan empat lagi diperintahkan membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA selepas didapati memfitnah konglomerat itu.

Kenyataan fitnah itu adalah berhubung dakwaan FELDA menjual minyak sawit mentah kepada Israel. 

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman FELDA terhadap semua defendan.

Beliau turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada FELDA lapor Berita Harian di SINI


Sebelum ini pada 21 April lalu kes samam sama terhadap PKR selesai bila Setiausaha Agung PKR Datuk saifuddin Nasution  menyatakan rasa kesal, serta mengakui dan menerima hakikat bahawa FELDA tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang urusniaga dengan Israel atau mana-mana syarikat milik regim berkenaan.

Sebaliknya, parti itu juga akur urusniaga penghantaran minyak mentah oleh FELDA ke rantau berkenaan dilakukan dengan negara Palestin.

Itu adalah kandungan terna-terma penghakiman persetujuan antara FELDA selaku plaintif dengan defendan, iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili FELDA dalam kes samannya  terhadap PKR.

“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda.

“PKR juga mengakui dan menerima bahawa FELDA IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 menghantar minyak sawit mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel,” kata Hafarizam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta paxda hari itu.

Untuk rekod, pada 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel bertajuk ‘Dua Ribu Himpun Bantah FELDA Jual Minyak Ke Israel‘ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat‘ pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November tahun berkenaan yang menuduh FELDA menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” jelas beliau.

Tambah Hafarizam, ini adalah selaras dengan kenyataan menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA ketika itu, Datuk Ahmad Maslan yang menjelaskan FELDA menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat Palestin dan bukan Israel seperti yang dituduh Suara Keadilan.

“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan FELDA menjual minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegas beliau.

FELDA bagaimanapun meneruskan saman terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd berhubung kes fitnah yang sama tetap diteruskan.

Keenam-enam defendan terbabit adalah ahli dan pemegang jawatan dalam parti PAS, serta penerbit, ketua pengarang dan juga pencetak akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails