Sunday, April 27, 2014

Obama masuk Masjid Negara.. macai UMNO kehilangan kata-kata...


Suatu masa yang lalu dengan meletakkan rasional ketepi, bukan saja macai malah pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan kehadiran pemimpin-pemimpin DAP ke dalam beberapa buah Masjid sebagai satu isu..

Malah untuk menjadikan kemasukkan beberapa pemimpin DAP/PR itu ke dalam Masjid lebih sensasi unsur-unsur fitnah diselit bersama setiap posting mereka..

Ucapan yang disampaikan dikatakan sebagai tazkirah...

Mereka menganggap tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Islam dan ianya mencemar tempat ibadat orang-orang Islam..

Bagaimanapun kejahilan mereka itu dijawab oleh TG Nik Aziz dan juga Dr. Maza serta Dr Muhammad Nur Manuty..

TG Nik Aziz menyifatkan tindakan oleh Nie Ching itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum..

Manakala Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Apa yang jelas terserlah disini tindakan mempertikaikan tindakan Teo Nie Ching memasuki surau Al-Huda hanyalah menyerlahkan kejahilan para penyokong UMNO yang terdiri dari Melayu yang berugama Islam dalam hal ehwal Islam sendiri... sepenuhnya sila baca di SINI

Walau apapun nas atau dalil yang dibentangkan untuk mengharuskan perbuatan pemimpin DAP itu.. macai peduli apa??.. serangan terhadap pemimpin DAP itu diteruskan juga..

Hari ini beberapa buah media telah melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah memasuki Masjid Negara.. yang peliknya tak ada sorang macai pun yang jadikan perkara ini sebagai isu.. mengapa?


Laporan berkaitan..

Obama melawat Masjid Negara pagi ini

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Masjid Negara, di sini bagi lawatan peribadi jam 9.40 pagi tadi.


Ketibaan Obama disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Turut serta dalam rombongan Obama ialah Wakil Khas AS ke Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Rashad Hussain.

Sementara itu, Bernama melaporkan, lawatan Obama ke Masjid Negara, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.

Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring.

Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.

Masjid Negara, yang boleh menampung 15,000 jemaah, adalah lambang aspirasi Persekutuan Malaysia yang baru dibentuk ketika itu dan satu penghormatan kepada Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj atas usaha murni beliau ke arah kemerdekaan negara.

Masjid berkenaan, yang dibina pada 1965, menandakan keagungan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan setiap tahun menerima kunjungan banyak pelancong beragama Islam dan bukan Islam.

Menara setinggi 73 meter dan berbumbung utama konkrit berbucu 16 adalah antara ciri utama keunikan masjid ini yang menarik kedatangan pelancong.

Bangunan berharga RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 5.2 hektar, yang terletak di tengah-tengah persekitaran hijau Taman Tasik Perdana dan berhampiran Muzium Kesenian Islam.

Makam Pahlawan adalah tempat persemadian Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak, Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba serta Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Pada Jumaat, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star memetik Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai berkata 'bukan lazim' bagi seorang pemimpin kuasa terbesar untuk memasukkan kunjungan ke masjid dalam aturcara lawatan mereka.

"Tiada cara yang lebih baik bagi Obama untuk memuliakan Islam melainkan dengan melawat Masjid Negara. Agak menarik untuk mengetahui apa yang akan diperkatakannya tentang masjid dan Islam," katanya.

Akhbar itu turut memetik Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut sebagai berkata sungguhpun Obama tidak didesak untuk melawat masjid itu, keputusannya untuk berbuat demikian membawa makna yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

"Ini menunjukkan presiden adalah sensitif dan beliau mahu lebih dekat dengan dunia Islam," kata Nooh.

Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal itu semasa melawat Turki pada 2009.

Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar dunia.

Selepas kunjungannya ke Masjid Negara, Obama berlepas ke pusat pentadbiran persekutuan Malaysia di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Najib lapor Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails