Tuesday, April 29, 2014

Kemana RM18 Bilion wang 1MDB diluar negara, soal The Edge


Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusifnya membongkar urusniaga berhubung tabung pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut mula menyiasat urusniaga 1MDB selepas tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Mac dan laporan tahunannya.

Dalam laporan The Edge Weekly, dikatakan akaun 1MDB berjumlah berbilion ringgit yang diperoleh dari bon jaminan kerajaan diuruskan oleh penama yang tidak diketahui di luar negara.

Akaun-akaun 1MDB menunjukkan USD2.318 bilion (RM7.88 bilion) disimpan di Cayman Islands di bawah syarikat portfolio yang diasingkan.

Manakala US$3 bilion (RM10.2 bilion) disimpan institusi kewangan yang tak dinamakan dengan separuh daripadanya (US$1.58 bilion atau RM5.37 bilion) dalam pelbagai jenis portfolio pelaburan.

Mingguan tersebut menyatakan bahawa ’1MDB menghantar keluar wang, walaupun terus menyebabkan hutang dan meminjam lebih untuk membiayai pelbagai perolehan.

Menurut The Edge Weekly, pada 31 Mac 2013, pinjaman 1MDB berjumlah RM36 bilion, manakala servis hutang tahunannya ialah RM 1.6 bilion.

“Corak pinjaman 1MDB berbanding pemerolehannya menunjukkan bahawa ia telah meminjam lebih daripada perlu,” ulas Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, dalam kolumnya ‘My Say’.

“Soalan ini mesti ditanya kepada 1MDB. Mengapa berlebihan meminjam hanya untuk menghantar lebihan tunai keluar negara? tanya Ho Kay Tat lanjut.

Laporan asal sila baca di SINI

Macai-macai boleh tolong jawab tak??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails