Sunday, April 27, 2014

Ish!! Dikir Barat apa bendanya macam ni?


Hebat Ganu kite di bawah pentadbiran UMNO/BN ni.. dah nak sama tarafnya dengan negara-negara barat dalam menyajikan hiburan..

Satu konsert Dikir Barat dilaporkan telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Kampung Pasir Akar, Besut, Terengganu baru-baru ini..

Selain dari mencalarkan imej Islam, konsert yang disajikan dengan tarian gelek berunsur lucah oleh penyanyi penyanyi wanita ini dilihat turut mencemarkan keaslian Dikir Barat itu sendiri.

Lebih menarik lagi bilamana penonton-penontonya kelihatan terdiri dari lelaki-lelaki yang memakai kupiah, berbaju melayu kain pelikat hadir menyaksikannya..

.
Inilah agaknya hasil didikan Umno yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam.

Difahamkan konsert ini diadakan berdekatan dengan kawasan kubur,perkampungan pondok dan masjid.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Ketua Pemuda UMNO di kawasan ini merupakan seorang hafiz dan merangkap Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Besut.

Mengapa bila jadi kubu kuat UMNO, maka akan ada program mengundang bala seperti ini.


Belum cukup kah Allah SWT beri amaran melalui kemarau yg panjang? Exco Agama mana? Oops lupa. Negeri2 lain ada,tapi Terengganu tak ada Exco agama.


Mungkin tak berapa penting bagi UMNO.Sebab itulah konsert sebegini dibenarkan.

Memalukan !!! sebagai penduduk Besut aku turut merasa tempiasnya.

Pohon JHEAT menyiasat dan mengambil tindakan supaya masyarakat tak terus sesat dan tidak mencemarkan imej Besut itu sendiri yang pernah dilabel sebagai BUMI ULUL ALBAB oleh bekas MB Datuk Sri Idris Jusoh lapor MalaysiaBerih di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails