Saturday, March 29, 2014

Setelah penipuannya selama 30 tahun terbongkar.. Ini jawapan Mahathir..


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini.

Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:

"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur." Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu.

Itu laporan dari The Malaysian Insider

Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut. "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Video pendedahan Musa Hitam itu sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails