Monday, March 31, 2014

PM tak sebut MH370 terhempas kata Hishamuddin.. Tapi apa maksud Najib dengan kenyataannya ini?


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.

Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya. Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Katanya, beliau telah bertemu dengan anggota keluarga terbabit dan berjanji bahawa Malaysia tidak akan putus harapan.

"Kita tidak akan mengaku kalah sebelum kita mengetahui apa yang berlaku kepada MH370," katanya dalam sidang media hari ini ~ Malaysiakini

________________________________________________________

Patutlah imej-imej yang dicerap oleh satelit dari berbagai negara tu hanya sampah sarap.. dan tak hairanlah walaupun pesawat sehabis canggih diguna untuk mencari serpihannya langsung tak jumpa.. pesawat tak terhempas rupanya...

Kah.. kah.. kah...

Bagi aku ini adalah satu kenyataan untuk memperbodohkan 1Dunia.. malangnya hanya macai yang percaya apa kata Hishamuddin itu..

Memang Najib tidak menyebut pesawat MH370 itu tidak terhempas..

Tapi kalau beliau tidak maksudkan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi dengan terhempas kenapa pula nak cari kotak hitam dan serpihan pesawat tu??

Lagi satu solat jenazah ghaib yang Najib cadangkan ini, dibuat untuk apa atau siapa?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails