Monday, March 31, 2014

Daily Mail fitnah Kapten Zaharie lagi rupanya...


Motifnya kurang jelas tapi apa yang jelas hingga ke hari ini ialah portal dari Britain ini berterusan menyiarkan artikel yang menimbulkan persepsi negatif masyarakat dunia terhadap Ketua Juruterbang MH370, Kapten Zaharie.

Artikel yang mula-mula disiarkan mereka mengenai Kapten Zahari ini menuduh beliau adalah seorang penyokong fanatik Anwar.

Portal ini melalui artikel tersebut juga membuat spekulasi kononnya MH370 yang hilang itu bermotifkan politik.

Kononnya Kapten Zaharie merampas pesawat MH370 itu sebagai tanda protes terhadap hukuman yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menariknya laporan atau artikel yang disiarkan tanpa sebarang fakta untuk menyokong laporan digunakan oleh Najib untuk pengumuman bahawa terdapat kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan kearah barat.

Semalam pula satu lagi artikel memburuk-burukkan Kapten Zaharie disiar mereka, kononnya isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.

Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.

Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.

Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.


Ini laporan dari Daily Mail itu

'He wasn't the father I knew. He was lost and disturbed':



The pilot of the missing Malaysia Airlines flight was in emotional turmoil over the break-up of his marriage, his family have revealed. 

Speaking about the mystery for the first time, the wife and daughter of Captain Zaharie Ahmad Shah said the 53-year-old pilot had been distracted and withdrawn in the weeks before the aircraft’s disappearance – and refused pleas to attend some marriage counselling sessions. 

Three weeks after Flight MH370 went missing with 239 crew and passengers aboard, investigators in Malaysia believe that someone – possibly the captain – deliberately steered the Boeing 777 off course after communications were cut. 

The plane is thought to have flown hundreds of miles out over the southern Indian Ocean where it eventually ran out of fuel and plunged into the sea. 

No suicide note has been found and no motive established, but police are continuing to concentrate their inquiries on the pilot’s background and whether his state of mind before the flight may be a factor. 

The Mail on Sunday can reveal that the pilot’s wife, Faizah Khanum Mustafa Khan, has told investigators that he stopped speaking to her in the weeks before the fateful flight on March 8, and spent time alone in his room where he had built a flight simulator. 

‘He just retreated into a shell,’ she said. father, she barely recognised the man who used to dote on her. 

‘He wasn’t the father I knew. He seemed disturbed and lost in a world of his own,’ she said. 

Last week, Faizah and Aishah, along with other family members, were interviewed in detail by police in Kuala Lumpur. The lengthy interviews, described in detail to The Mail on Sunday by a source close to the pilot’s family, revealed that: 

- Zaharie was on the brink of divorcing his wife after nearly 30 years of marriage. 
- He refused to attend marriage counselling with Islamic elders. 
- He shunned family and spent hours alone on his flight simulator. 
- He expressed ‘utter frustration’ at the jailing of his political hero, Anwar Ibrahim, hours before the flight. 

Despite the pilot’s behaviour, his family are convinced that he was not responsible for the plane’s disappearance Faizah, who was just 16 when she first met Zaharie, broke down repeatedly during two lengthy interviews with police, the family source said. One of the interviews lasted more than four hours. 

She was initially reluctant to discuss the breakdown of her marriage, and refused to accept her husband might be involved in the flight’s disappearance, protesting: ‘It’s unfair to blame my husband.’ 

However, over the course of the interviews, she told police how her husband became increasingly distracted in the months leading up to the flight. 

‘I found him distant and difficult to understand,’ she said. She told investigators that although they continued to live in the same house, Zaharie spent his time alone. 

Faizah said her husband was so withdrawn he hardly spoke to his sons and was not close to them. ‘He just retreated into a shell,’ she said. When he wasn’t working, Zaharie spent ‘more time with friends than with family members’. 

She confirmed they had spoken of separating but had not taken any formal steps towards getting a divorce... please continue yours reading HERE


Berikut adalah jawapan dari anak Kapten Zaharie mengenai fitnah ini sepertimana yang telah disiarkan oleh myMetro..

MH370: ‘CANTIK FITNAH KAMU’ - Aishah 

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.

Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip. 
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.

Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.

Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.

Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.


Tertanya-tanya juga aku.. selain dari undang-undang ciptaan manusia iaitu 'Lord Reid' yang telah diwariskan oleh penjajah British ini kepada kita...

Adakah fitnah melalui media juga diwariskan kepada kita?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails