Monday, March 31, 2014

Kenapa Terengganu beli bas 'Dua Alam' ini lebih mahal dari harga ditetapkan?


Biasanya apabila kita hendak membeli sesuatu barangan selain dari kualiti, harga adalah sesuatu yang akan kita pertimbangkan..

Jika produk itu bersesuaian dengan kehendak kita maka kita akan cuba menawar untuk mendapatkan harga yang serendah mungkin.

Tetapi apa yang diamalkan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia itu nampaknya bukanlah sesuatu yang diparktikkan oleh Kerajaan Malaysia, baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat.

Dalam hal Kerajaan Pusat, setiap tahun kita didedahkan oleh laporan Audit Negara mengenai harga-harga yang sukar untuk diterima akal.

Terutamanya bilamana ianya melibatkan aset pertahanan negara, kebanyakkan yang negara kita perolehi adalah jauh lebih tinggi harganya jika dibandingkan dengan apa yang negara luar perolehi, contohnya Helikopter Sikorsky dan berbagai lagi aset pertahana negara.

Itu apa yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat, nampaknya amalan itu turut digunapakai oleh Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini ianya melibatkan pembelian dua buah bas 'dua alam' oleh Kerajaan Negeri Terengganu, harga bagi sebuahAmphiCoach GTS-1 itu ditetapka pada harga £280,000 tetapi Kerajaan Negeri membayar £1,101,678.00 untuk dua unit.. Mengapa agaknya?


Dari Wikipedia tu mungkin boleh dipersoalkan.. tapi portal WorldCarFan ini juga mendedahkan harga yang sama..


Laporan berkaitan..

Bas dua alam 

Kuala Berang: Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda. 
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. 
“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air. 
“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air. 
“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu ~ myMetro

Mungkin Menteri Besar Terengganu boleh tolong jelaskan.. banyak beza harganya tu.. takkanlah spesifikasinya juga lebih advance kot?

Lagipun Kerajaan Negeri beli bukannya kena cukai.. kenapa bayar harga 4 buah untuk perolehi 2 buah saja AmphiCoach tu?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails