Thursday, February 27, 2014

Rosmah ni benar-benar sibuk atau hanya menyibuk?


Kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuatkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak lagi mempunyai masa untuk melayan hobinya sendiri.

Perkara itu diluahkannya ketika berucap dalam sebuah majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Rosmah juga menyarankan pengusaha batik agar lebih peka dengan tema terkini supaya corak yang dihasilkan lebih menarik dan tidak seperti “tsunami” mahupun “gunung berapi”.

Katanya, yang mempunyai citarasa batik berwarna cerah keadaan itu akan menarik minat pembeli luar negara.

"Saya akan selalu bagi cadangan kepada pembekal batik, sesiapa nak bekal batik untuk saya bagilah warna cerah, tapi janganlah serabut macam 'tsunami' pun ada. "Tema 'tsunami', 'gunung berapi' itu bukan sesuatu yang baik untuk dipandang orang.

"Kenalah bercorak sangat menarik, sejuk mata orang nak pandang lagi dan lagi terutama kepada pelanggan luar negara,” katanya.

Rosmah juga menasihatkan pembekal supaya selalu meneliti laman web bagi mengikuti warna dan corak terkini ~ Malaysiakini

Persoalannya ialah siapakah yang telah melantik Rosmah untuk berkhidmat kepada rakyat?.. Benar-benar sibuk atau hanya menyibuk?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails