Friday, February 28, 2014

Apahal pulak Media Jepun lapor macamni tentang Anwar nih?.. marah macai nanti..


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun, JB Press.

“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.

Laporan itu turut menyebut Ketua Umum KEADILAN itu antara tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.

“Dalam pilihan raya umum yang lalu, pembangkang is memenangi 51% undi. Berbanding parti pemerintah kekal mentadbir walaupun mendapat 47% undi akibat sistem ‘gerrymander (first past the post).

“Parti pemerintah menguasai 60% kerusi parlimen, mengekalkan mereka di tampuk kuasa,” tulis laporan tersebut. ambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.

“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.

Laporan turut menyebut parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia mengehadkan kebenaran berhimpun dan penguasaan pemerintah keatas media arus perdana.

Liputan berkenaan bersempena kehadiran Anwar ke Jepun kelmarin, selepas dihalang pada 19 Januari lalu apabila pihak berkuasa negara matahari terbit itu memberi alasan Anwar tidak mendapat kebenaran khas kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Acara Anwar di Jepun sangat padat, kerana beliau diaturkan memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

Anwar dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi semalam

“Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

“Acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media,” tulis Anwar di laman Facebooknya, semalam.

Anwar diundang bagi menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund dan menjadi panel di forum anjuran National Graduate Institute For Policy Studies. mengupas tentang ‘Kebangkitan Arab (Arab Awakening) serta kesannya kepada rantau Asia di Tokyo, Jepun.

Anwar menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.

Hadir sama dalam delegasi beliau ialah ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar,

~ KeadilanDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails