Tuesday, January 28, 2014

Wah! wala' nya pemuda-pemuda PAS ni...


Benarlah bagai dikata suatu masa dahulu oleh seorang sahabat yang seorang aktivis PAS Zainulfaqar yang juga Admin Blog Faqar, Wala' atau taat termaktub kepada ahli sahaja bukan pemimpin..

Jadi kalau dah jadi pemimpin hatta Ketua Pemuda sekalipun tak perlu wala' kepada pemipin atasan lagi, sebab Ketua Pemuda itu dah tinggi tarafnya...

Dalam PRU13 lalu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuktikan akan sifat wala' yang ada pada dirinya dengan turut bertanding di Sungai Acheh.

Hari ini pula Ketua Pemuda PAS sendiri membuktikan sifat wala' memang menebal dalam dirinya dengan melanggar keputusan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media di HQ PKR pagi tadi..

Dalam sidang media itu Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dilaporkan berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

Oleh itu beliau mengatakan PAS memberi sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

Ini pula kenyataan beberapa Ketua Pemimpin PAS yang dipetik dari Free Malaysia Today...

PETALING JAYA: PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. 
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.  
“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin.  
“Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara. 
Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.  
Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.
“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.  
Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.  
“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya. 
Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.  
“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.  
“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya. 
Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.  
“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR,” tegasnya.  
Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.  
Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.  
“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya.

Kawan aku yang dulu Ketua AMK Pulau Pinang yang namanya Amir Ghazali post ayat ni kat wall Facebook aku..

FIQH MUWAZANAT

"Menolak kemudharatan yang pasti mendatang dengan melaksanakan kemudharatan yang paling kecil(di antara semua kemudharatan)"

Mudharat 1):: Membiarkan perpecahan kepimpinan terus berlaku memungkinkan tumbangnya kerajaan Rakyat Selangor.

Atau Mudharat 2):: Mengosongkan kerusi Kajang untuk Ikon ketiga demi design semula kebersamaan semula Kerajaan Selangor.

Aku tak setuju langsung dengan hujah dia untuk menyokong ADUN Kajang letak jawatan bagi membolehkan satu PRK diadakan untuk membolehkan Anwar berada dalam Kerajaan Negeri Selangor..

Sebabnya hal dalaman PKR sepatutnya diselesaikan oleh PKR secara dalaman bukannya melibatkan kepentingan rakyat Selangor dan menghabiskan lagi duit negara yang dah semakin tak ada duit ni..

Sepertimana yang di cadangkan oleh Cucu Mat Kilau di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails