Tuesday, January 28, 2014

TS Khalid umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang..


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil akan datang.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan petang Isnin, bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding sekaligus menggantikan tempat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang dispekulasikan.


Apa yang ahli-ahli PKR seluruh Malaysia perlu tahu ialah...

Tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini, iaitu mengumumkan nama DS Anwar Ibrahim sebagai calon bagi DUN Kajang ini adalah bercanggah dengan apa yang telah diluluskan dalam pindaan perlembagaan PKR baru-baru ini..

Dimana dalam satu Kongres Nasional Khas yang telah dihadiri oleh lebih dari 1,000 perwakilan seluruh negara itu satu rombakan yang diluluskan oleh perwakilan telah menetapkan..

Keputusan untuk menentukan siapa yang sesuai dan layak untuk dijadikan calon akan ditetapkan oleh ahli dari akar umbi bukannya pihak pimpinan.

Pindaan perlembagaan parti tersebut bertujuan memberikan lebih kuasa kepada anggota di peringkat akar umbi membuat keputusan untuk hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

Dimana suara akar umbi dalam hal ini?.. dah terbenam dipijak ke?

Dan dalam masa yang sama sidang media ini telah membelakangkan suara dari Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin Ali.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor dalam satu kenyataan media telah menetapkan akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

Lihat di SINI kenyataan media tersebut..

Apa sudah jadi???

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails