Wednesday, January 29, 2014

Pesanan dari YDP PAS Kota Melaka buat pemuda PAS yang sibuk nak boikot PRK Kajang tu...


Apabila berita tentang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tersebar, muncul beberapa orang dari PAS yang bertaraf pemimpin Pemuda mengeluarkan kenyataan.

Dengan meletakkan nilai setiakawan semurah seikat kangkung ada yang mengeluarkan ugutan untuk memboikot kempen PRK bagi DUN Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Malah tanpa mempedulikan muafakat dan perjanjian yang telah dipersetujui sesama pemimpin yang telah menetapkan DUN tersebut adalah milik PKR, pemuda itu berkata "arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR."

Seorang lagi berkata pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya tanpa usul periksa.. apa lagi katanya bacalah di SINI

Persoalannya disini ialah mengapa PKR perlu berbincang dengan PAS untuk menyelesaikan masaalah dalaman PKR?

Masaalah dalaman PKR biarlah PKR sendiri yang selesaikan, kerana selama ini PKR tidak pernah sibuk untuk ambil tahu masaalah dalaman PAS.

Masaalah dalaman yang mengakibatkan tumbangnya Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam masa hanya satu penggal, PKR juga tidak mengambil tahu masaalah dalaman PAS yang menyebabkan majoriti PAS merosot dalam PRK Sungai Limau..

Begitu juga dengan pemecatan Husam Musa di Kelantan.. adakah perkara ini pernah dipersoalkan oleh PKR?

Bukan pemimpin UMNO bertaraf Menteri saja rasanya perlu belajar cara berkomunikasi aku rasa pemimpin-pemimpin muda PAS juga wajar turut serta..

Kalau malu nak turut serta atau berada dalam satu kelas dengan pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri itu.. belajarlah dari individu yang paling aku hormati dalam persada politik tanah air ini..

Belajar bagaimana caranya beliau menangani isu yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya ini..

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.  
Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.  
Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Kenyataan di atas aku petik dari Facebook TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di SINI

Kenyataannya mudah.. tak tahu, cakap tak tahu... tak perlu nak diugut-ugut sahabat sendiri..

Ini pula kenyataan dari YDP PAS Kota Melaka yang wajar dijadikan panduan buat pemuda-pemuda PAS yang sibuk nak boikot kempen PRK Kajang itu..

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.  
BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.  
Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . 
Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan.  
Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.  
PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. 
Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri. 
Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.  
Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka

Memang.. sifat orang muda cepat panas.. tapi walau panas macam mana sekalipun janganlah melatah tak tentu hala..

Hmmm... hari ini aku tertanya-tanya.. kenapa kebanyakkan tindakan pemimpin-pemimpin muda atau pelapis dalam tak kiralah samada dari parti DAP, PAS atau PKR bersifat kurang cerdik?.. contohnya macam pemimpin muda dari PKR lakukan di SINI 

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails