Tuesday, January 28, 2014

Kemelut di Selangor : Ni nasihat buat Anwar Ibrahim..


Dah lama dah aku tengok PKR Selangor ni.. kepada penyokong pandai pula diberikan nasihat selesaikan segala isu melibatkan parti secara dalaman tapi mereka pula sebaliknya..

Kalau kita baca kebanyakkan komen warga internet dalam berbagai portal yang ada, majoriti rakyat amat menyanjungi TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor..

Tapi kalau kita tanya pula pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri, boleh dikatakan ramai yang tak menyenangi kepimpinan TS Khalid ini, sebab utamanya ialah kedekut!

Kedekut kepada parti bukan kedekut kepada rakyat.. salahke?

Tertanya-tanya juga aku kenapa perkara ini tidak diselesaikan secara dalaman?.. susah sangat ke Azmin dan TS Khalid hendak dipertemukan?

Kenapa tidak Anwar yang rapat dengan Azmin dan Wan Azizah yang rapat dengan Faekah temukan mereka dan selesaikan masaalah antara mereka secara dalaman?

Dan aku setuju dengan kenyataan Cucu Mat Kilau ni..

Susulan kemelut dalaman PKR, antara Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) maka NGO Angkara terpanggil utk beri nasihat dan teguran buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadang-kadang kesian melihat sahabat-sahabat dlm Pakatan Rakyat terutamanya dr PAS yg trpaksa menonton adengan memualkan Tan Sri Khalid vs Azmin Ali. Dok bercakaran dr dulu tak habis2..

Mana Anwar Ibrahim yg sepatut jd ORANG TRNGAH?.

Ajak2 lar dua2 pemimpin tu duduk semeja, bincang empat mata.. cakap mcm adik beradik.. Itu guna Ketua Umum..

Jgn membela sebelah pihak jer (Azmin Ali). Tgok dulu masa Pemilihan PKR 2010, sama jugak, Azmin Ali vs Zaid Ibrahim. Anwar kata dia berkecuali, tp belakang sibuk dok kempen Azmin.

Mcm mana PKR tak berkecamuk kalau mcm ni. So, nasihat utk Anwar jdlah pemimpin yg hebat bercakap dan mendamaikan anak2 buah.

Jgn buat kenyataan yg menyokong sebelah pihak hingga menyinggung perasaan pihak yang lain.

Berlaku adil jika benar nak buat rakyat percaya kpd keADILan.

Kes Azmin vs Khalid Ibrahim ni boleh selesai jika Anwar panggil kedua2nya bersemuka kat rumah beliau dan bg nasihat supaya tak jatuhkan imej PKR dan Pakatan Rakyat.

Dok berentakan sesama sendiri dlm media namanya MEMBUKA PEKONG DI DADA.

Sengaja bg peluru kpd musuh utk menyerang. Jgn smpai rakyat jemu dan muak melihat adengan ini.

Belum dpt kuasa di pusat PKR dah bercelaru.

Demi rakyat, lakukan sesuatu dgn berlapang dada. Malu kat rakan2 dlm Pakatan Rakyat lain yang menonton adengan ini.

Byk isu rakyat diselesaikan, kenapa harus disajikam dgn isu2 peribadi seperti ini?.


MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO Angkara (Angkatan Pembela Rakyat)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails