Tuesday, December 31, 2013

LIVE! Di Ambang 2014 Bersama Ustaz Azhar Idrus


Berlangsung di Padang Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.. siaran secara langsung ini dibawakan kepada anda semua oleh 'ZonKuliah'..

Sibuk nak kutuk PR, Akhirnya Noh Omar dimalukan penyokongnya sendiri..


Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini dicabar supaya mengemukakan tuntutan mereka terlebih dahulu kepada kerajaan pakatan pembangkang Selangor.

Merc S300L baru untuk Ketua Menteri Pulau Pinang..


Akhirnya kereta baru untuk Ketua Menteri Pulau Pinang tiba juga bagi menggantikan S320L yang dah digunakan oleh Kerajaan Negeri sebagai kenderaan rasmi Ketua Menteri sejak dari zaman BN lagi..

Jangan kacau bini Najib pesan Presiden Senaman Punggung kepada Rafizi


Kesian aku tengok Presiden Senaman Punggung ni.. bersungguh-sungguh dia mempertahankan Rosmah..

Monday, December 30, 2013

Najib potong 10 peratus elaun keraian Menteri dan Timbalan.. potong elaun keraian saje?


Dengan bangganya macai-macai mencanangkan inilah Perdana Menteri yang prihatin akan keperitan hidup rakyat dalam menghadapi kenaikkan harga barang yang menggila akibat dari kenaikkan tarif elektrik dan harga minyak.

Polis Kuala Lumpur nafi kaitkan empat NGO dengan letupan bom


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh (gambar) menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan empat badan bukan kerajaan (NGO) dengan perancangan letupan bom pada sambutan malam Tahun Baru 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sunday, December 29, 2013

Harga Minuman Dijangka Naik


Kenaikan harga dalam banyak perkara mengakibatkan masalah besar kepada premis makanan yang mungkin akan menaikkan harga mereka.

Dituduh sebagai dalang: SAMM dan Jingga 13 akan saman Polis


Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Friday, December 27, 2013

Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York.. Duit dari menabung sejak kecil ke?


Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri


Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.

Pesan Mahathir kepada Najib.. Kurang kos, bukan naik harga..


Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Wednesday, December 25, 2013

Surat terbuka untuk Datuk Seri Najib Razak


Pasca PRU13, ataupun pasca rakyat memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kesabaran rakyat terus dan terus diuji.

Tuesday, December 24, 2013

Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu


Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.

Perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50Juta...


Setiap kali penyokong PR nak adakan perhimpunan keluarlah berbagai-bagai berita yang negatif yang dikaitkan dengan himpunan itu..

Barang Naik kalau bukan salah UMNO, salah Anwar Ibrahim ke Isa Samad?


Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Tarif elektrik naik: IKS dilarang naikkan harga produk kata Timbalan Menteri


Ni sorang lagi Timbalan Menteri lantikan Najib yang bercakap dulu berfikir kemudian.. sama seperti kebanyakkan Menteri dan Timbalan Menteri lain yang dipilih oleh Najib walaupun ditolak oleh rakyat..

Monday, December 23, 2013

BERSIH 4.0 Nak Guna Bom : NGO Desak KDN Ambil Tindakan Tegas


Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat agar hadir ke Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ini.

Apahal pulak Ridhuan Tee nak marah UMNO/BN pasal harga barang naik ni?


Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, hari ini memberi amaran bahawa kumpulan pengundi Melayu yang mula marah kepada kerajaan BN disebabkan kenaikan mendadak beberapa barangan termasuk tol akan menyokong PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Tahniah dari Dr. Maza buat macai...

Secara amnya jika Dr. Maza mengucapkan tahniah buat seluruh rakyat Malaysia kerana memilih untuk mengekalkan UMNO/BN sebagai kerajaan ianya adalah kurang tepat.

Kerana PRU13 yang lalu telah membuktikan hanya 47% rakyat Malaysia? telah memilih untuk mengekalkan UMNO/BN sebagai kerajaan dan bakinya telah menolak UMNO/BN sebagai kerajaan.

Oleh sebab itu ucapan tahniah ini sewajarnya ditujukan kahs buat 47% pengundi yang telah berjaya diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Ahmad Maslan dibelasah pemimpin PR kerana kenyataan bodohnya tentang GST..


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.

Dulu taksub sangat.. Sekarang rasakanlah!


September lalu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir telah memberikan teguran supaya kerajaan yang ada iaitu Kerajaan Barisan Nasional jangan boros..

Sunday, December 22, 2013

GST Akan Sebabkan Harga Barang Turun kata Ahmad Maslan..


Nak perbodohkan rakyatpun agak-agak la Ahmad Maslan.. Katanya harga barangan akan turun bila kerajaan Barisan Nasional melaksanakan GST..

Ibrahim Ali buat lawak ke ni?


Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Najib Sahkan Kadar Tol Akan Dinaikkan...


Akhirnya Najib akui juga bahawa Tol akan dinaikkan harganya walaupun tak tahu lagi berapa yang naik.. dan akan dinaikkan dengan memberikan kesan minima kepada pengguna.

Saturday, December 21, 2013

Harga Barang Naik Sebab Gaji ADUN Selangor Naik?.. Bodohnya perbandingan Najib ni..


Dah tepu agaknya daya berfikir Najib ini.. dalam terkial-kial untuk mencari alasan yang boleh diterima rakyat beliau membandingkan kenaikkan harga barang dengan kenaikkan gaji ADUN-ADUN Selangor..

'The Heat' digantung bukan kerana siar laporan keborosan Rosmah dan Najib .. betulke?


Akhbar mingguan The Heat digantung kerana mereka tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Kerajaan BN pajak harta negara untuk kurangkan defisit?

Jika perkara sebegini dibiarkan berterusan.. maka tak hairanlah jika akhirnya.. Bumi dipijak kini milik orang...

Ini adalah cara paling mudah untung mengurangkan defisit negara ekoran dari borosnya Najib dalam mentadbir negara.

Jika benar apa yg dikata dan dinyata, pemimpin-pemimpin UMNO yang memimpin negara kita jelas kelihatan muflis idea dan muflis daya usaha untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat...

Friday, December 20, 2013

Tarif Elektrik Naik: Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain..


Dalam usaha mereka untuk meredakan kemarahan majoriti rakyat berikutan pengumuman kenaikkan tarif elektrik oleh Menteri Tenaga, Teknoligi Hijau dan Air baru-baru ini beberapa orang pemimpin UMNO bertaraf Menteri cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Thursday, December 19, 2013

Surat terbuka buat Najib: Ke mana menghilang duit kami?


YAB Datuk Seri,

Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.

BN Menang, Ikut suka dialah nak naikkan harga barang kata Ibrahim Ali


Datuk Ibrahim Ali  mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat. 

Bukan saja tampal pelekat TG Nik Aziz salah di UiTM.. Gambar Ustaz Azhar Idrus pun salah?


Ingatkan bila hampir pilihanraya saja, macai-macai walau dimana berada takut kepada bayang-bayang TG Nik Azizi.. selepas pilihanraya pun sama..

Alasan Terbaru Kenapa Tarif Elektrik Naik Oleh Suruhanjaya Tenaga..


Berbagai alasan terpaksa dicipta mereka untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan tarif elektrik, jika sebelum ini CEO TNB berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan ini pula penjelasan dari Suruhanjaya Tenaga.

Wednesday, December 18, 2013

Himpunan 'Protes Rakyat Ambang 2014' di Dataran Merdeka hendak disabotaj?


Nampaknya ada dua perhimpunan untuk menyambut tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kali ini, satu dinamakan 'Himpunan Guling Kerajaan' dan satu lagi pula  'Protes Rakyat Ambang 2014'.

Gempar! Puting Beliung Melanda Johor Bahru


Satu kejadian puting beliung melanda di Danga Bay di sini sebentar tadi telah menggemparkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Cukai Pintu: Bukan Cukai Naik Tapi Nilai Hartanah kata Menteri


Bukan cukai yang naik rupanya.. tapi nilai hartanah.. ha..ha..ha.. ayatnya berbunyi seperti yang pernah kita dengar.."Bukan harga minyak naik tapi hanya subsidi yang dikurangkan..

Najib! mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13?


Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.

Kantoi!! Gara-gara gagal tepati janji kurangkan tol, BN padam manifesto dari website..


Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain ‘silap mata’ dengan ‘menghilangkan’ manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my.

Tuesday, December 17, 2013

Surat Terbuka Dari Che’GuBard Kepada TG Haji Hadi..


Bismillahirrahmanirrahim.. dan Assalamualaikum..

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Tarif Elektrik Naik Bukan Salah Kami Kata CEO TNB


Kenaikan tarif elektrik adalah satu proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO) Azman Mohd.

Mat Sabu Syiah hanya mainan politik bodoh Zahid Hamidi - Bekas Menteri Penerangan


Aku amat bersetuju dengan apa yang dikata oleh bekas Menteri Penerangan ini kali ini, walaupun beliau adalah bekas pemimpin UMNO kerana ada rasionalnya.

Baca nih! Rosmah kata dia pernah disoal siasat enam jam oleh Bukit Aman kerana kes Altantuya... boleh percayake?


Semalam boleh dikatakan majoriti Blogger UMNO Pro Rosmah Mansor menyiarkan surat yang dikatakan ditulis oleh Rosmah ini..

Tol Mahal, Jangan guna leburaya kata Menteri


Inilah Menteri yang dipilih dan dilantik oleh Najib.. langsung tidak sensitif dengan keperluan rakyat..

Monday, December 16, 2013

Video Klip Anggota Polis Lempang Warga Asing Tersebar


Sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook.

Kritik artis PR di AIM20: Zed Zaidi tidak waras dan minda sempit kata Dayangku Intan


Kehadiran Dayangku Intan dalam majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan macai.

Rosmah Mansor dedahkan sebab beliau guna Jet Kerajaan macam Jet sendiri..


Ketika isu Rosmah Mansor menggunakan Jet Eksekutif Kerajaan seperti hartanya sendiri, beliau dilaporkan berkata tidak akan komen mengenai perkara ini..

SPAD jamin kenaikkan tambang Bas Sekolah tak bebankan rakyat..


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula tidak akan membebankan rakyat. 

Bila 'Rumah Mampu Milik' menjadi 'Rumah Tak Mampu Milik'.. YB pun lari?


Betapa kecewanya mereka bila rumah mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri menjadi rumah yang hanya mampu dilihat.

Sunday, December 15, 2013

Syiah: Zahid Hamidi Kantoi Lagi..


Baca betul-betul apa yang Zahid Hamidi ucapkan dalam PAU13 sepertimana yang telah dilaporkan di atas,.. Merasakan dirinya sangat berkuasa, Zahid memberikan kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana amal Syiah.

Tak malu ke Pemuda UMNO kena sound dengan wartawan macam ni?


Penumpang satu perkara yang biasa dilihat pada setiap temasya sukan sama ada Sukan SEA, Asia, Komanwel mahupun Olimpik.

Keluar UMNO masuk PKR kerana roti?.. Ini jawapan Fuziah Salleh


Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Tol naik tahun depan, tak naik tahun 2011 sebab BN takut kalah PRU


Nak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni bodoh rasanya dia taklah bodoh sangat sebab dia ni kalau tak silap aku ex-CEO Maybank..

Saturday, December 14, 2013

Tuduh Mat Sabu Syiah, Ibrahim Ali pulak belasah KDN.. Shabery Cheek bagaimana pula?



Datuk Ibrahim Ali berkata bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mencukupi bagi membuktikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah kerana beliau sendiri pernah bertemu dengan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.

Ketua Syiah Kedah pun tak pernah nampak Mat Sabu pengikut Syiah..


Semakin hari semakin terserlah kepada kita, bahawa sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak tuduhan mengamalkan  Syiah terhadap Mat Sabu oleh KDN hanyalah untuk menutup malu Zahid Hamidi yang terlepas cakap dalam PAU13 baru-baru ini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails